adakah ini ujian? adakah ini musibah? semalam aku mendengar penceramah bebas kegemaran aku, Dr Daniel mengenai ulasannya tentang gempa bumi yang melanda. apa yang dikatakan adalah mengenai gempa bumi yang terjadi skearang. mereka di sana menghadapi bencana gempa bumi dan kita di sini menganggapnya adalah musibah, ujian dan mungkin juga kifarah atas kekhilafan yang dilakukan umat manusia yang hanya menumpang di bumi gersang ini. tapi yang lebih menarik perhatian aku adalah kita selalu menganggap setiap musibah itu adalah akibat dari kesalahan manusia yang tidak tahu bersyukur. tapi mengikut pandangan Dr. Daniel, kita di Malaysia sebenarnya juga telah ditimpakan musibah. bukan dalam bentuk fizikal, tapi dalam bentuk sosial kehidupan yang telah hancur lumat dimamah larva gunung berapi walau hakikatnya kita di sini bebas dari kawasan pergunungan yang aktif.
Inilah yang aku tekankan selama ini. kenapa kita sebagai umat akhir zaman selalu teralpa dengan apa yang dihidangkan di depan mata. boleh dikatakan dalam analogi, kita dijemput untuk ke Istana yang agung untuk menerima penghormatan yang ditamsilkan sebagai alam akhirat, dalam bermusafir ke sana, kita singgah ke sebuah pulau yang cantik berkilau yang aku tamsilkan sebagai dunia yang fana.. Nah, di sinilah selalu manusia-manusia ini terkalih pandangan ke pulau yang cantik itu. sedangkan matlamat utama adalah untuk bertemu Tuanku yang bersemanyam di atas takhta untuk mendapatkan penghormatan. bila bertemu pulau yang cantik berkilau dari kejauhan itu, kita sudah mula lupa diri hanya dengan serpihan2 kaca yang menipu hati.
Andai diri sedar, mungkin matlamat ke Istana yang agung itu akan mengingatkan diri. namun ada juga yang sampai akhirnya tidak pernah sedar yang kegembiraan di pulau
kepingan kaca itu hanyalah sementara.. di mana akhirnya kita? mengharap gembira dari pulau kaca penuh kepanasan atau ke Istana yang Agung membawa segulung naskah dari tangan kanan? semoga aku tidak sirna dengan kilauan kaca yang menipu berlapisan zaman....
pendidik ini tidak pernah lelah untuk menyampaikan ilmunya selagi yang ada. namun adakah pelajar membawa wadah yang sesuai untuk titisan ilmu yang sentiasa mengalir dari murabbinya?

jawapannya ada pada diri masing-masing. ada anak-anak aku di kelas tercorot, dikhabarkan telah ditangkap khalwat dengan boyfriend masing-masing dalam satu rumah. sudahlah begitu, perkara aib ini pun dengan bangga diceritakan pada kawan-kawan. sudah habiskah malunya? sudah hilangkah maruahnya? menjaja cerita memalukan bagai mendapat piala yang agung? Ya Tuhan, akhlak anak-anak ku ini tak terjangkau dek fikiran. segala ilmu, pesanan sudah dititip. namun diri sendiri yang mencurahkan ingatan itu ke telaga lama. kenapa wahai pemuda? kenapa wahai pemudi?

namun begitu, aku mengambil pendekatan cuba untuk tidak menjadikan ini sebagai satu sindiran, satu ejekan kerana ku tahu, itu bukan penyelesaian terbaik. walau kadangkala hati ini bagai mahu saja meninggalkan mereka terkontang kanting, namun tak sampai hati memandangkan mereka lah anak bangsa yang akan meneruskan generasi akan datang. semoga Allah akan melimpahkan hidayah buatnya dan buat kita semua. Aminnn...
hehe.. mencari sedara mara yang jauh di mata dekat di hati. biasa g kl, tak sempat pun nak pegi mana-mana. maunya tak, sesat aje dah berapa lama. dah tu, penat sebab tu ajek. tempat tak sampai, orangnya dah letih mengantuk. agaknya sebab niat nak bershopping, tu yang sesat timur barat tu.

kali ni, dalam keta lagi dah niat, g kl kali ni memang untuk cari kawan-kawan, sedara mara yang dah lama sangat tak jumpa. alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. sesat jugak, tapi tak la seteruk yang selalu sesat tu.

yang paling teringat aku nak jumpa, kak la aka lelayong yang dah 9 tahun tak bersua muka. last masa dok kat matriks dulu. nak jumpa, tapi masa selalu menghalang. kali ni memang nak jumpa sangat dia. tak kira la camana pun. dia pun dah ada anak sorang. aku p hari tu, dah nak masuk 2 bulan dah adik si maryam hani tu.. mulut becok cam dulu la kak la kita nih. skang ni menurun kat hani lak. adeh laa... sebijik cam mak nya..
Segala yang berlaku seperti biasa. tiada apa yang berubah. cuma manusia yang tidak menghargai apa yang ada di depan mata. tiada pula tahu bersyukur. adakah perlu Dia turunkan musibah baru kita mula mendekatiNya? apa yang aku lihat disekelilingku, itu lah yang aku fikir-fikirkan. pernah juga bertanya pada anak-anakku di sekolah. tiada tujuan. tiada kepastian. tiada matlamat.

lantas, apa yang di cari dalam hidup ini? lantaran keluarga yang sibuk keluar bekerja tanpa meninggalkan bekal di dada kepada anak-anak. sungguh aku kasihan.. sungguh.. pernah juga sesekali aku mentarbiah. tapi aku sekadar pemberi sahaja. hanya diri sendirilah yang mampu mengubah, mencerna kembali diri sendiri dan juga kerana keluarga itulah contoh, itulah teladan.

apa dayaku.. cuma, apa yang boleh dibekalkan, cuba aku bekalkan untuk mereka. bukan akademik semata-mata. semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan padaku untuk mendidik anak bangsa yang sudah mula hilang diri, hilang jatidiri, hilang kejernihan hati..

namun takdir boleh diubah seandainya ia diiringi doa. jadikan doa sebagai senjata ampuh yang bisa mematahkan setiap tujahan mata panah dari sisi yang gelap.
Al-Fatihah untuk Wadi. Semoga ditempatkan di kalangan hamba-hambaMu yang Soleh..

Terkejut! ingatkan Wadi mana. Rupanya Wadi ofis. Memang tahu setiap manusia pasti kembali padaNya. Tapi, tanpa apa-apa tanda, tanpa apa-apa petunjuk, dia telah pergi menemuiNya membawa segala amalan baik dan buruk. Apa yang dilalui selama ini, pasti akan di hisab. Di kubur itu akan menjadi saksi adakah ia merupakan antara lubang-lubang neraka? Atau antara pintu-pintu syurga untuk kita?

Ya Allah, janganlah aku di matikan dalam keadaan leka terhadapMu... Kita sebagai pengembara yang hanya menyinggah di bumi fana ini sebelum melangkah kaki ke alam yang abadi. Jangan jadikan aku sebagai manusia yang leka mengintai kaca yang di sangka intan tercanai.. Jadikan aku manusia yang sentiasa mengingatiMu. Terasa banyaknya dosa selama ini. Adakah aku masih berada di dalam rahmat dan kasih sayangMu?
Ya Tuhan, selamatkanlah aku...
Sudah tiba di bulan Syawal. Apa yang dah aku capai selama ini? Adakah peningkatan dalam hidup aku? Adakah yang berubah? Andai berubah, adakah ke arah yang lebih baik? Adakah dapat aku istikamah dengan segala yang aku lakukan di bulan Ramadhan?
Aihh.. lepas Ramadhan, hidup mula sibuk seperti sebelumnya. Sampaikan masa untuk diri sendiri pun entah ke mana. Aduhai duniaa... begitu melalaikan... Masa susah, ingat padaNya, tapi masa senang, senang alpa padaNya... Janganlah aku digolongkan dalam golongan ini. Jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersyukur atas kurniaNya...