Bagi umat Islam, pertukaran siang dan malam serta pergerakan matahari merentasi langit setiap hari berkait rapat dengan akitiviti ibadat terhadap Allah SWT.
Sebagai contoh, kedudukan tinggi rendahnya matahari akan menandakan masuknya waktu solat yang berkaitan. Waktu Subuh bermula apabila matahari berada 18 darjah di bawah ufuk langik, dan mula menampakkan cahayanya buat pertama kali selepas menghilangkan diri pada waktu malam. Apabila muncul rupa bentuk matahari di ufuk timur, maka berakhirlah waktu Subuh.
Kemudian apabila matahari berda pada kedudukan paling tinggi pada waktu tengahari dan mula bergerak ke ufuk barat, itu menandakan masuknya waktu Zuhur. Asar pula berlaku apabila bayang-bayang objek yang dihasilkan oleh matahari lebih panjang daripada objeknya. Apabila hilang sahaja rupa bentuk matahari di ufuk barat, maka bermlalah waktu Maghrib.
Akhir sekali, apabila hilang sahaja cahaya samar-samar matahari di langir, maka bermulalah waktu Isyak. Demikian ia berputar setiap hari bagi membantu manusia di bumi menjalani ibadah solat.
Begitu juga kedudukan matahari boleh membantu kita mencari arah kiblat. Waktu dan ketika yang paling senang mencari arah kiblat ialah ketika matahari berada di atas Kaabah iaitu pada jam 5.16 petang pada 28 Mei dan pada 5.28 petang 16 Julai setiap tahun kecuali tahun lompat, di mana tarikhnya di anjak ke hadaoan sebanyak sehari.
Pada waktu tersebut, kita hanya perlu berdiri menghadap ke arah matahari untuk menentukan kedudukan arah kiblat kita.
Sumber : asuh ogos '09
Matahari dalam Perlaksanaan Ibadat
09:26 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment