Ya Rabbi.. ya Rahim... Kau berilah hidayah kepadanya dan kepadaku.. itulah yang terlintas di kepala bila suatu peristiwa yang agak memualkan berlaku di sekolah. di tempat yang sepatutnya memdapat berkah, ilmu ditadah. tapi perkara sebaliknya yang berlaku. kesempatan ini aku gunakan untuk menilai diri sendiri. muhasabah diri sendiri. kenapa pelajar tersebut begitu? adakah salah ibu bapa? adakah salah guru-guru silap mendidik?
ceritera pelajar tingkatan 5, YA, tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM tahun ini bermula bila dia memberitahu ayahandanya bahawasanya dia akan ke sekolah pada malam tersebut. katanya ada qiyamullail. adik dia pun ada di sekolah tu. cuma agak terkawal sikit sebab berkawan dengan sahabat yang baik-baik. insyaAllah kalau tak terpengaruh dengan si kakak, dia masih boleh kawal diri. ok, berbalik kepada si kakak tadi, malam tu usai solat Isya', semua menuju ke kantin untuk mengalas perut dengan roti dan air Milo suam.
dalam pukul 11.30 lebih kurang, si ayahnya datang mencari anaknya yang mengaku ke sekolah tu. aku sebagai ketua komandan, dengan rafiza semak nama pelajar tersebut. tapi namanya tiada. tapi adiknya ada di sekolah. juga bersembahyang bersama-sama. cuma si kakak hilang entah ke mana. di sini aku tak sempat untuk menyoal si adik adakah dia datang dengan kakaknya bersama-sama? rupa-rupanya si kakak tadi ada di luar kawasan sekolah dan mengetahui si ayah tadi ada di sekolah. dia cuba masuk ke kawasan sekolah untuk berpura-pura bersama-sama pelajar yang qiyamullai.
tapi nasib orang yang berniat tak baik ni biasanya terkantoi. dan itulah yang terjadi. dalam usaha dia memanjat pagar sekolah tu siren berbunyi sebab sekolah ada pasang penggera. jadi si ayah dengan gerak hatinya pergi ke belakang dewan. di sanalah si ayah tadi jumpa 'anak kesayangannya' tu... wahhh... ganasnya... di heretnya rambut anak dia, ditumbuk-tumbuk bak kain buruk. cuba bayangkan tenaga seorang lelaki dewasa... aduhaiii...
dipendekkan cerita, selepas 'dibelai penuh kasih sayang', budak tu berjaya melepaskan diri dan terus lari masuk ke bangunan akademik. adoyaiiii... mana la nak carik. ada la dua tiga orang yang rapat dengan pelajar tu pegi cuba pujuk. tak jalan.
akhirnya pelajar tu lari keluar panjat pagar... si jantan tunggu kat luar dengan motor.. malam tu dia lari lagi dari rumah.. kali ni kali yang entah ke berapa dia melarikan diri dari rumah. kesian sangat dengan ibu dan ayahnya. menangis ibunya dengan perangai anaknya. dengar cerita, si ibu tu mengajar agama untuk kaum wanita di masjid/surau. tapi anak... malunya.... ibu tu sendiri kata dia mengajar agama,tapi anak sendiri tak terdidik. sehingga artikel ini ditulis, pelajar tersebut masih belum pulang ke rumah. dengarnya ayahnya mahu buat laporan polis. harap-harap pelajar tersebut sempat 'melihat' kasih sayang ayahnya dari sisi yang lain dan menghargainya sementara masih belum terlambat...
apa yang aku lihat, ibubapa lepas tangan. semuanya serah pada sekolah. sedangkan seorang guru kena jaga berapa puluh pelajar. kadang-kadang terlepas pandang. bukan disebabkan sengaja untuk lepas pandang. hmmm... setakat mana lah seorang guru boleh mendidik anak-anak. bak kata seorang rakan. guru sekarang ni bukan sahaja mendidik, mengajar, membimbing tapi jugak dah jadik pengasuh! anak yang sakit pun masih di hantar ke sekolah. atas alasan, tiada siapa yang nak jaga kat rumah! fikir-fikirkan... jangan kita jadi sebahagian dari cerita-cerita di atas...
Malam Qiyamullai di Sekolah
19:22 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment