Esok puasa! Alhamdulillah... bulan yang penuh keberkatan ini muncul jua... terima kasih Ya Rabbi masih mengizinkan aku menghabiskan syaaban dan sekarang sedang menuju bulan kebahagiaan... tak sabar rasanya untuk berterawikh.. berpuasa.. berqiyamullai..
Azam aku tahun ini, sekurang-kurangnya 15 surah Quran aku akan baca dan sekurang-kurangnya 1 surah untuk aku hafaz, surah Sajadah atau al-Mulk? dan sekurang-kurangnya 1 surah untuk aku faham makna. InsyaAllah... semoga Ya Rahim akan mengabulkan permintaan kecil hambanya ini.
Satu lagi sebelum lupa, nak banyakkan sedekah.. sebab fadhilat sedekah amat banyak..
Dari riwayat Anas bin Malik ra bahawa rasulullah salallahaulaihiwasalam bersabda : " Sesungguhnya sedekah itu dapat menyekat kemurkaan Al-Rabb (Allah)" (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no. 664).
Semoga juga Ramadhan kali ini memberi khabar gembira kepada kami sekeluarga. banyaknya mintak. Tapi Allah pernah berfirman yang membawa maksud:
“Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)” (Surah Ghafir :60)
Harapanku, semoga aku akan mendapat malam yang terbaik dari seribu malam...
Marhaban Ya Ramadhan...
19:07 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment