Istana yang Agung atau Pulau Kaca yang Bercahaya?

adakah ini ujian? adakah ini musibah? semalam aku mendengar penceramah bebas kegemaran aku, Dr Daniel mengenai ulasannya tentang gempa bumi yang melanda. apa yang dikatakan adalah mengenai gempa bumi yang terjadi skearang. mereka di sana menghadapi bencana gempa bumi dan kita di sini menganggapnya adalah musibah, ujian dan mungkin juga kifarah atas kekhilafan yang dilakukan umat manusia yang hanya menumpang di bumi gersang ini. tapi yang lebih menarik perhatian aku adalah kita selalu menganggap setiap musibah itu adalah akibat dari kesalahan manusia yang tidak tahu bersyukur. tapi mengikut pandangan Dr. Daniel, kita di Malaysia sebenarnya juga telah ditimpakan musibah. bukan dalam bentuk fizikal, tapi dalam bentuk sosial kehidupan yang telah hancur lumat dimamah larva gunung berapi walau hakikatnya kita di sini bebas dari kawasan pergunungan yang aktif.
Inilah yang aku tekankan selama ini. kenapa kita sebagai umat akhir zaman selalu teralpa dengan apa yang dihidangkan di depan mata. boleh dikatakan dalam analogi, kita dijemput untuk ke Istana yang agung untuk menerima penghormatan yang ditamsilkan sebagai alam akhirat, dalam bermusafir ke sana, kita singgah ke sebuah pulau yang cantik berkilau yang aku tamsilkan sebagai dunia yang fana.. Nah, di sinilah selalu manusia-manusia ini terkalih pandangan ke pulau yang cantik itu. sedangkan matlamat utama adalah untuk bertemu Tuanku yang bersemanyam di atas takhta untuk mendapatkan penghormatan. bila bertemu pulau yang cantik berkilau dari kejauhan itu, kita sudah mula lupa diri hanya dengan serpihan2 kaca yang menipu hati.
Andai diri sedar, mungkin matlamat ke Istana yang agung itu akan mengingatkan diri. namun ada juga yang sampai akhirnya tidak pernah sedar yang kegembiraan di pulau
kepingan kaca itu hanyalah sementara.. di mana akhirnya kita? mengharap gembira dari pulau kaca penuh kepanasan atau ke Istana yang Agung membawa segulung naskah dari tangan kanan? semoga aku tidak sirna dengan kilauan kaca yang menipu berlapisan zaman....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadikan Dirimu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malukah dia?

pendidik ini tidak pernah lelah untuk menyampaikan ilmunya selagi yang ada. namun adakah pelajar membawa wadah yang sesuai untuk titisan ilmu yang sentiasa mengalir dari murabbinya?

jawapannya ada pada diri masing-masing. ada anak-anak aku di kelas tercorot, dikhabarkan telah ditangkap khalwat dengan boyfriend masing-masing dalam satu rumah. sudahlah begitu, perkara aib ini pun dengan bangga diceritakan pada kawan-kawan. sudah habiskah malunya? sudah hilangkah maruahnya? menjaja cerita memalukan bagai mendapat piala yang agung? Ya Tuhan, akhlak anak-anak ku ini tak terjangkau dek fikiran. segala ilmu, pesanan sudah dititip. namun diri sendiri yang mencurahkan ingatan itu ke telaga lama. kenapa wahai pemuda? kenapa wahai pemudi?

namun begitu, aku mengambil pendekatan cuba untuk tidak menjadikan ini sebagai satu sindiran, satu ejekan kerana ku tahu, itu bukan penyelesaian terbaik. walau kadangkala hati ini bagai mahu saja meninggalkan mereka terkontang kanting, namun tak sampai hati memandangkan mereka lah anak bangsa yang akan meneruskan generasi akan datang. semoga Allah akan melimpahkan hidayah buatnya dan buat kita semua. Aminnn...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS