Azam tahun baruku...

nak beli peta macam kawan aku marini aka iyn.. aku rasa aku jugak akan kemaruk peta macam dia. dan tumpuan aku mungkin lebih kepada Turki. Sebab? Allah sahaja lah yang tahu... insyaAllah nanti aku akan beritakan.. tunggu aku Turki...... suatu masa nanti aku akan ke sana jua...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tahun ni dapat kelas 4mpv lagi. tapi dengar ceritanya dari guru-guru tahun lepas, pelajar yang bakal masuk ke tingkatan 4 tahun ni memang bermasalah sikit. insyaAllah aku akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk memahami kerenah setiap anak didik ku.. semoga aku dikurniakan dengan kebijaksaan untuk mengawal anak didikku.. semoga aku lebih memahami setiap karektor masing-masing.. semoga aku dapat menyentuh jiwa mereka dengan sentuhan dakwah.. walau aku bukanlah orang yang selayaknya. tapi aku tetap akan memberi dengan segala kemampuanku... semoga Allah memudahkan urusanku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikhlaskah Kita?

" camana ni? aku dapat posting kat sekolah pendidikan khas. habis la aku nak kena mengajar pelajar yang cacat penglihatan dengan cacat pendengaran. aku mana reti nak ajar pelajar khas ni?". Itu adalah kata-kata dari seseorang yang bakal dipostingkan untuk pertama kalinya. Dari jurusan kimia dan menyambung pelajaran untuk mendapat ikhtisas perguruan dalam major sains yang membolehkan dia mengajar di sekolah-sekolah di Malaysia.

Perlu ke kita memikir-mikirkan soalan di atas tanpa membuat sedikit pun kajian tentang apa yang disusahkan tu? pada aku, kalau nak jadi pendidik, pertama terima dengan hati terbuka. kedua, cari maklumat mengenai apa yang hendak di cari. tidaklah memalukan diri sendiri. apabila maklumat yang dicari adalah berdasarkan apa yang diketahui / difahami, susahlah untuk menghadamkan perkara-perakara baru yang bakal menyesakkan dada.

sebenarnya pendidikan khas bukan lagi seperti yang difikirkannya. secara logiknya, pelajar yang buta atau yang cacat pendengaran memerlukan kaedah yang khusus untuk mengajar mereka. namun pedagogi masih lagi dalam landasan yang sama.

hakikat sebenarnya pendidikan khas adalah untuk pelajar yang berkeperluan khas termasuk pelajar lembam (slow learner), disleksia, syndrom down, hiperaktif, yang mempunyai masalah pembelajaran dan sebagainya. kadang-kadang pelajar di kelas biasa juga ada yang sebenarnya memerlukan kelas khas ini. itu yang aku katakan, guru perlu buka mata dan buka hati.. sedari apa yang tidak kena dengan pelajar anda. berbalik kepada pelajar bermasalah tadi, mereka perlu di diagnosis apakah permasalahan mereka. pelajar khas ini adalah unik. mereka unik kerana setiap pelajarnya adalah sangat berbeza. cara pengajaran juga adalah mengikut keperluan mereka. jadi andai yang mengatakan guru pendidikan khas senang lenang kerana sekelas hanya ada 5-7 pelajar sahaja adalah tidak benar. dan saya menentang sekeras-kerasnya. mereka ini punyai keistimewaan walau di mata kasar kita lihat hanyalah kekurangan semata. mereka istimewa dalam memberi kasih dan sayang...

itulah yang aku dapat nukilkan mengenai pelajar bermasalah khas ini walau aku bukanlah guru pendidikan khas. tapi pendedahan yang terus kepada aku banyak membuka minda. itulah sebabnya aku katakan setiap guru yang juga pendidik perlu melihat pelajar mereka dengan mata hati agar luahan pengajaran kepada mereka terus ke hati...

semoga aku ditajamkan sikap 'kreatif' terhadap pelajarku yang biasa tapi kadang-kadang berperangai seperti pelajar 'khas' ini....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Family Day

masih dalam proses perbincangan dengan ahli keluarga. aku sebagai pm untuk mengurus segala perancangan. semoga Allah memudahkan kerja-kerja aku. proposal ada aku send kat mijah untuk mintak pandangan. yang lain tu, bincang bila aku ke KL nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Isu Facebook

menjadi isu dalam kepala aku sekarang ni. kenapa? sebab aku melihat aplikasi ini telah menjadikan orang tergila-gila aka addicted dengan facebook ni. sampai satu tahap, tiap-tiap hari kena buka facebook untuk update apa yang dibuat, apa yang dimarahkan. yang menjadi lebih rempahnya, sebab apa yang dia update tu telah mendatangkan keaiban bagi pihak lain. contohnya gambar-gambar lama zaman persekolahan, zaman universiti. kemudian habis dalam list di taggednya. kadang-kadang perkara sebegini menyebabkan ramai orang menyampah. termasuklah aku. marah pun nak marah kat sapa? dah pengguna pun setia menyokong.

kata-kata berbaur kemarahan, kelucahan, menggedik2, yang menyebabkan aku kadang-kadang muak dengan manusia-manusia yang mengaku khalifah di bumi ni. tak malu ke orang dok baca apa yang awak update? tapi, sekali lagi, ini hanyalah apa yang bermain di minda ni.

isu kedua adalah membuang masa. buang masa main online game dari facebook. ini juga menyebabkan pengunjung tetap setia dengan facebook sebab ada benda yang menyebabkan dia terusss melekat tanpa berpaling tadah lagi.. ewaahh.. itu namanya membuang masa buang waktu... (btw, aku pun pernah terkena kenan game ni. pastu kene basuh ngan ma. hehe..).

isu yang ketiga sebab ada sesetengah orang tu sehingga mengabaikan tanggungjawab hakiki dalam pekerjaan masing-masing dek penangan facebook. bukan kerja tak ada. tapi sanggup melayan facebook tanpa menghiraukan tugasan yang mana duit gaji yang dibayar majikan bukan untuk berfacebook. macam mana nak dapat keberkatan dalam rezeki? aku kadang-kadang ngelat gak. tp tu sebab dah takde kerja. tapi aku berinternet baca suratkhabar ajek. tak pernah la mengadap dari pagi sampai balik benda alah tu aje. jadi insaf la..

walaupun macam tu, aku tak pernah pulak nak menafikan faedah2 dari kewujudan facebook ni. kawan-kawan aku dari sekolah rendah dulu yg dah berpuluh tahun dan berbelas tahun tak jumpa, dapat ketemu di facebook. tapi, jangan salah gunakan apa yang kita ada sekarang, kerana ia mungkin akan menjadi satu bom jangka yang ada di atas kepala sendiri.. fikirkanlah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku dan Chipmunk

Banyak perkara yang membuatkan hidup ini berwarna warni. adakala terang, adakala suram.. geram pada banyak perkara. namun kadang-kadang tidak terluah sebab sesetengah perkara didiamkan adalah yang terbaik.

Hari ni tiba-tiba terdetik lak nak sambung balik blog yang kadang ok kadang tak ni.. ada ramaiii orang yang cakap, tak percaya aku bergelar guru. apa yang menjadi persoalan adalah aku kecik dan bersuara chipmunk. hahaha.. 1 saja yang perlu dipegang semasa mengajar, kawalan kelas. kalau suara chipmunk bak kata kawan aku tu, kalau kawalan kelas ok, insyaAllah takde masalah.

cuma yang terjadi masalah adalah apabila guru tak pernah nak ambik tau kawalan kelas. kelas bising pun dok terus ngajar jugak. penatnya, berbalik pada kita. apa kata kalau cuba buat sesuatu untuk pastikan kita yang memegang kelas, tengok apa jadi pada pengajaran. pelajar pun leh dengar pengajaran kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS