Bagi umat Islam, pertukaran siang dan malam serta pergerakan matahari merentasi langit setiap hari berkait rapat dengan akitiviti ibadat terhadap Allah SWT.
Sebagai contoh, kedudukan tinggi rendahnya matahari akan menandakan masuknya waktu solat yang berkaitan. Waktu Subuh bermula apabila matahari berada 18 darjah di bawah ufuk langik, dan mula menampakkan cahayanya buat pertama kali selepas menghilangkan diri pada waktu malam. Apabila muncul rupa bentuk matahari di ufuk timur, maka berakhirlah waktu Subuh.
Kemudian apabila matahari berda pada kedudukan paling tinggi pada waktu tengahari dan mula bergerak ke ufuk barat, itu menandakan masuknya waktu Zuhur. Asar pula berlaku apabila bayang-bayang objek yang dihasilkan oleh matahari lebih panjang daripada objeknya. Apabila hilang sahaja rupa bentuk matahari di ufuk barat, maka bermlalah waktu Maghrib.
Akhir sekali, apabila hilang sahaja cahaya samar-samar matahari di langir, maka bermulalah waktu Isyak. Demikian ia berputar setiap hari bagi membantu manusia di bumi menjalani ibadah solat.
Begitu juga kedudukan matahari boleh membantu kita mencari arah kiblat. Waktu dan ketika yang paling senang mencari arah kiblat ialah ketika matahari berada di atas Kaabah iaitu pada jam 5.16 petang pada 28 Mei dan pada 5.28 petang 16 Julai setiap tahun kecuali tahun lompat, di mana tarikhnya di anjak ke hadaoan sebanyak sehari.
Pada waktu tersebut, kita hanya perlu berdiri menghadap ke arah matahari untuk menentukan kedudukan arah kiblat kita.
Sumber : asuh ogos '09
Matahari dalam Perlaksanaan Ibadat
Matahari
Matahari adalah sebuah bintang yang merupakan sebuah bebola gas yang sangat besar, berpusing diatas paksinya serta bersinar-sinar mengeluarkan cahaya yang sangat terang. Matahari mengeluarkan cahaya hasil daripada proses nuklear yang berlaku akibat pembakaran atom hidrogen menjadi atom helium dipusatnya. Pembakaran ini amat habat dan dahsyat. Malah matahari telah pun bersinar selama 4.6 bilion tahun dan dijangkakan dengan jumlah tenaga yang ada sekarang, mampu terus bersinar untuk lima bilion tahun lagi.
Suhu dipermukaan matahari adalah sekitar 5600 darjah celsius. Apabila kita menuju ke lapisan bawah matahari iaitu menghampiri pusatnya, suhu akan meningkat dengan begitu tinggi iaitu mencecah 15,000,000 darjah celsius. Sesuatu yang pelik ialah, apabila kita menjauhi permukaan matahari dan memasuki kawasan atmosfera matahari yang dipanggil corona, suhu kembali meningkat sehingga jutaan darjah celsius!
Matahari turut berputar di atas paksinya selama 24jam sehari, matahari pula melengkapkan satu putaran di atas paksinya sekitar 27 hari. Namun disebabkan matahari merupakan sebuah bebola dalam bentuk gas, maka putarannya berbeza dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Sebagai contoh, sekiranya di kawasan Khatulistiwanya berputar selama 27 hari, di kawasan kutubnya pula berputar selama 31 hari.
Selain daripada putaran di atas paksinya, matahari juga turut bergerak di angkasa lepas sambil membawa kandungan sistem suria mengelilingi galaksi kita iaitu Bima Sakti (Milky Way)
Ulasan buku : Memoir Seorang Guru
Karya oleh Azizi Abdullah. Kisah tentang ‘aku’ juga seorang guru tua yang sudah pencen. Konflik bermula apabila anak perempuan beliau ingin meneruskan perjuangan ‘aku’ sebagai seorang guru. ‘aku’ sangat menghalang kamariah dari menjadi guru. Dari situ plot berkembang dan terus berkembang. ‘aku’ menceritakan kisah-kisah kebencian seorang guru iaitu ‘aku’ terhadap pelajarnya yang mempunyai masalah.
Satu persatu kisah disingkap. Diceritakan kembali dengan cara imbas kembali. Dari Mihad sehinggalah kepada sakinah. Semua diceritakan dengan teliti. Kadangkala hati meruntun, air mata mengalir… dari kebencian bertukar kasih sayang yang tak terhingga. Elemen balas budi ditunjukkan. Namun, jangan cuba dibandingkan dengan pelajar sekarang. Sudah tentu sangat berbeza. Bukan guru yang membenci. Tapi pelajar yang membenci. Menyebabkan pencarian tahap murabbi menjadi semakin sukar. Sesukar mencari seorang insan yang sufi.
Gaya penceritaan juga tersusun dan senang untuk difahami. Sesuai untuk semua guru untuk muhasabah diri sendiri. Di mana akhir cerita, ‘aku’ sebenarnya telah mencapai tahap murabbi tanpa disedarinya. Semoga guru-guru yang membaca novel ini akan berusaha mencapai tahap murabbi yang diidam-idamkan.. InsyaAllah…
Mengajar jangan berharap balasan. Anggaplah suatu ibadah yang tak terhenti hingga ke akhir usia. Semoga jalanku untuk menongkah tahap murabbi akan tercapai. InsyaAllah… Kepada Allah jua kuserahkan segala urusan…
Harry Potter And The Half Blood Prince
Minggu lepas, pegi tengok wayang kat Gurney Plaza. Apa lagi kalau bukan tengok pilem Harry Potter! Well, dah lama dah aku tunggu movie HP ni keluar. Dah keluar tu, apa lagi, layan saja lah. Memang puas hati. Tapi kalau sapa-sapa yang tunggu action, memang tak banyak. mintak mahap banyak-banyak la.. tunggu Deathly Hallows. Siri yang terakhir ni memang penuh dengan aksi-aksi. Sebab aku dah baca all HP books...
tapi paling penting, Dumbledor dah mati... kalau dah mati tu, takde la hidup balik... percaya ke si severus orang kepercayaan Dumbledor sanggup buat macam tu? well, tunggulah movie yang akan datang. severus oh severus.. tak sangka betul... sampai berair mata laaa... lagi-lagi baca deathly hallow... errr... tom riddle tu hensem jugak ye masa muda-muda.. tak sangka dah beso jd evil pulak. dalam tu memang nampak cam baik je.. nampak nerd ajek. camana ni? hehehe..
overall, movie best jugak, tapi dah tentu takleh lawan novel. sebab lagi detail. sapa yang tak ikut siri filem HP, mungkin agak susah sikit la nak paham. macam incik ku itew, sepanjang perjalanan movie, ada je yang nak tanya... tak pun aku yang nak explain kat dia. wakakaka....
filem atau novel... i'll go for novel... i like it very muchhh.... thanks to Bintang Zue for introducing me to Harry Potter! tapi aku tak beli lagi la bukunya... total cost, rm250 lebih kurang... tungguuu... aku nak beli semuaaa....





