Ya Rabbi.. ya Rahim... Kau berilah hidayah kepadanya dan kepadaku.. itulah yang terlintas di kepala bila suatu peristiwa yang agak memualkan berlaku di sekolah. di tempat yang sepatutnya memdapat berkah, ilmu ditadah. tapi perkara sebaliknya yang berlaku. kesempatan ini aku gunakan untuk menilai diri sendiri. muhasabah diri sendiri. kenapa pelajar tersebut begitu? adakah salah ibu bapa? adakah salah guru-guru silap mendidik?
ceritera pelajar tingkatan 5, YA, tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM tahun ini bermula bila dia memberitahu ayahandanya bahawasanya dia akan ke sekolah pada malam tersebut. katanya ada qiyamullail. adik dia pun ada di sekolah tu. cuma agak terkawal sikit sebab berkawan dengan sahabat yang baik-baik. insyaAllah kalau tak terpengaruh dengan si kakak, dia masih boleh kawal diri. ok, berbalik kepada si kakak tadi, malam tu usai solat Isya', semua menuju ke kantin untuk mengalas perut dengan roti dan air Milo suam.
dalam pukul 11.30 lebih kurang, si ayahnya datang mencari anaknya yang mengaku ke sekolah tu. aku sebagai ketua komandan, dengan rafiza semak nama pelajar tersebut. tapi namanya tiada. tapi adiknya ada di sekolah. juga bersembahyang bersama-sama. cuma si kakak hilang entah ke mana. di sini aku tak sempat untuk menyoal si adik adakah dia datang dengan kakaknya bersama-sama? rupa-rupanya si kakak tadi ada di luar kawasan sekolah dan mengetahui si ayah tadi ada di sekolah. dia cuba masuk ke kawasan sekolah untuk berpura-pura bersama-sama pelajar yang qiyamullai.
tapi nasib orang yang berniat tak baik ni biasanya terkantoi. dan itulah yang terjadi. dalam usaha dia memanjat pagar sekolah tu siren berbunyi sebab sekolah ada pasang penggera. jadi si ayah dengan gerak hatinya pergi ke belakang dewan. di sanalah si ayah tadi jumpa 'anak kesayangannya' tu... wahhh... ganasnya... di heretnya rambut anak dia, ditumbuk-tumbuk bak kain buruk. cuba bayangkan tenaga seorang lelaki dewasa... aduhaiii...
dipendekkan cerita, selepas 'dibelai penuh kasih sayang', budak tu berjaya melepaskan diri dan terus lari masuk ke bangunan akademik. adoyaiiii... mana la nak carik. ada la dua tiga orang yang rapat dengan pelajar tu pegi cuba pujuk. tak jalan.
akhirnya pelajar tu lari keluar panjat pagar... si jantan tunggu kat luar dengan motor.. malam tu dia lari lagi dari rumah.. kali ni kali yang entah ke berapa dia melarikan diri dari rumah. kesian sangat dengan ibu dan ayahnya. menangis ibunya dengan perangai anaknya. dengar cerita, si ibu tu mengajar agama untuk kaum wanita di masjid/surau. tapi anak... malunya.... ibu tu sendiri kata dia mengajar agama,tapi anak sendiri tak terdidik. sehingga artikel ini ditulis, pelajar tersebut masih belum pulang ke rumah. dengarnya ayahnya mahu buat laporan polis. harap-harap pelajar tersebut sempat 'melihat' kasih sayang ayahnya dari sisi yang lain dan menghargainya sementara masih belum terlambat...
apa yang aku lihat, ibubapa lepas tangan. semuanya serah pada sekolah. sedangkan seorang guru kena jaga berapa puluh pelajar. kadang-kadang terlepas pandang. bukan disebabkan sengaja untuk lepas pandang. hmmm... setakat mana lah seorang guru boleh mendidik anak-anak. bak kata seorang rakan. guru sekarang ni bukan sahaja mendidik, mengajar, membimbing tapi jugak dah jadik pengasuh! anak yang sakit pun masih di hantar ke sekolah. atas alasan, tiada siapa yang nak jaga kat rumah! fikir-fikirkan... jangan kita jadi sebahagian dari cerita-cerita di atas...
Malam Qiyamullai di Sekolah
Marhaban Ya Ramadhan...
Esok puasa! Alhamdulillah... bulan yang penuh keberkatan ini muncul jua... terima kasih Ya Rabbi masih mengizinkan aku menghabiskan syaaban dan sekarang sedang menuju bulan kebahagiaan... tak sabar rasanya untuk berterawikh.. berpuasa.. berqiyamullai..
Azam aku tahun ini, sekurang-kurangnya 15 surah Quran aku akan baca dan sekurang-kurangnya 1 surah untuk aku hafaz, surah Sajadah atau al-Mulk? dan sekurang-kurangnya 1 surah untuk aku faham makna. InsyaAllah... semoga Ya Rahim akan mengabulkan permintaan kecil hambanya ini.
Satu lagi sebelum lupa, nak banyakkan sedekah.. sebab fadhilat sedekah amat banyak..
Dari riwayat Anas bin Malik ra bahawa rasulullah salallahaulaihiwasalam bersabda : " Sesungguhnya sedekah itu dapat menyekat kemurkaan Al-Rabb (Allah)" (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no. 664).
Semoga juga Ramadhan kali ini memberi khabar gembira kepada kami sekeluarga. banyaknya mintak. Tapi Allah pernah berfirman yang membawa maksud:
“Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)” (Surah Ghafir :60)
Harapanku, semoga aku akan mendapat malam yang terbaik dari seribu malam...
Semalam yang berlalu
teringat balik kenangan dulu-dulu yang penuh kemanisan... teringat kawan-kawan aku yang gila-gila. esok nak xm muet, boleh pulak pegi kuantan. apa la yang aku pikir masa tu eh? sikit pun tak ambik serius kehidupan aku masa tu. tak pikir consequence kalau jadi apa-apa kat diri aku masa tu. yang penting, seronok.. seronok.. seronok.. tapi yang best, aku belajar banyak dari pengalaman dulu untuk masa skarang ni. pengalaman menjadi guru yang paling berharga dalam diri manusia. dari pengalaman, kita mengutip ilmu. tapi ada jugak setengah dari kita tak menjadikan pengajaran lepas sebagai guru. bahkan cuba lari dari pengalaman itu. tidak mahu berdepan dengan realiti. kenapa? bagi aku, ia sangat penat.. sebab, semakin kita lari, semakin ia dekat dengan kita.
Freeware ooo Freeware
Hari ni terasa sekejap je. menghadap my lappie sejak dari pagi lagi. tiba-tiba dah gelap dah. malam pun menjelma mengikut sunnatullah... tak terlewat barang sedikitpun dari aturanNya..
dari pagi membawa ke malam ni, banyak benda yang aku explore. mengasyikkan... tadi ym dengan kaka am. mintak dia ajarkan camana nak buat rerama... (nakkk jugak rama-rama qila tu..) dia ajar camana nak guna brush dalam PS. pastu download brush yang cantik-cantik (esp reramaku la...) iaitu file .abr. tapi semasa pencarian tu, jumpa la pulak file .gbr. kak am pun tak tau. aku mula la menggodek-godek. rupanya ia adalah freeware yang lebih kurang sama dengan PS. tapi yang bestnya ia percuma. mereka yang menggunakan linux gunakan GIMP ni untuk gantikan PS. rasanya dua-dua pun sama. cuma satu berbayar, satu tak berbayar. tepuk dada, tanyalah selera...
Kerja.. Sekolah.. Kerja,,
Minggu ni penuh dengan kerja-kerja sepatutnya aku buat masa di kursus. takkan nak buat masa berkursus pulak. nanti kata orang aku gila kerja. aduiii... sape la yang gila kerja? aku buat semua ni sebab minat. semuanya kerana minat. kalau tak ada minat, buat apa pun tak semangat. sungguh, kalau bukan kerana tugas aku ni ibadah yang akan ditanyakan pada aku suatu hari nanti tidaklah aku beria-ia seperti ini. minggu ni, akulah yang jadi j/k untuk amali haji (yang ni, kalau nama aku takde pun aku nak pegi jugak.. inysaAllah aku akan ke bumi Barakah tak lama lagi...) pastu j/k untuk APC lagi.. kalau boleh, aku nak tumpukan satu persatu... yang budaya bestari aku tak habis lagi. isshhh.. semak betul la rasanya... tak sabar nak tunggu 20 Ogos... yang PC rosak, laptop masuk virus, printer sangkut semua letak atas batu jemala patik... adakalanya rasa kudrat dah semakin kurang. seiring dengan usia. menyebabkan aku terfikir, rupanya banyak lagi benda yang aku tak habiskan. inysaAllah, aku akan cuba siapkan mana yang perlu. hari Rabu, Cg Lan panggil aku. katanya nak mintak aku tolong bangunkan laman web untuk sekolah. katanya guna mana yang ada dulu. pada pendapat aku yang jahil ni, adalah lebih baik kalau guna portal. lebih spesifik dan lebih besar. hanya RM50 sahaja setahun. tapi untuk awalnya, aku akan guna blog dulu sebagai prototype. kalau pengetua dah setuju, boleh la proceed untuk buat portal sendiri. bagi aku, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. terpulang kepada sekolah la nak macam mana. tapi yang pasti portal tu la yang lebih baik..





