Gerhana Matahari?

salam...

Hari ni, Jumaat yang mulia. Dikejutkan dengan berita gerhana matahari. Suatu ketika dahulu, sewaktu gerhana matahari mahupun gerhana bulan, umat Islam berbondong-bondong ke masjid dengan perasaan yang cukup gelisah. Manakan tidak, entah-entah dengan gerhana ini Allah mahu menurunkan bala? Tapi aku bukan menyatakan bahawa gerhana tu ada kaitan langsung dengan setiap bala yang Allah turunkan. Tidak. Gerhana bukan penyebab perkara buruk, tetapi Allah jua yang menjadikan hari itu sebagaimana kehendakNya.

Apa yang difikirkan disini adalah keadaan pada hari ini. Kita seakan-akan leka, seakan-akan alpa dengan kehadiran gerhana tu sendiri. Zaman Rasulullah, masjid penuh dengan orang-orang yang ingin bersembahyang sunat gerhana dan bacaan al-Baqarah berkumandang di mana-mana. Rumah-rumah pula hidup dengan solat sunat gerhana. Tapi, lihatlah sekarang.. Generasi anak-anakku sangat tidak peduli dengan sunah ini. Sama ada melihat dengan penuh takjub (sudah pasti hanya melihat tanpa menghayati dengan hati!) atau buat saja tak peduli atau tak tahu!

Aku Yang Membebel..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment