Hari ni sekolahku mengadakan Sambutan Perarakan Maulidur Rasul. Tahun lepas tak buat. Tapi Alhamdulillah, syukur tahun ni dapat sama-sama jayakan sambutan ini. Pagi-pagi lagi, lepas ambil kedatangan, terus pecut ke Masjid untuk settlekan kerja-kerja bahagian peralatan dan kebersihan. Ketua tak datang lagi. Tapi Cg. Chom dah pesan untuk ambil meja dan kerusi untuk disusun. Waahhh.. berpeluh jugak la angkut kerusi meja, lap-lap buang habuk segala.
Dalam pada menyusun kerusi meja tu, tiba-tiba terdengar perarakan berselawat. Alamak! Meja kerusi tak sudah lagi. Sekali perarakan tu lalu, tengok-tengok, budak kecik?? Eh, heran sungguh. Ada ke pelajar sekolah aku kecik-kecik, kenit-kenit camtu? Owhh.. rupanya perarakan tu adalah dari sekolah rendah. Hemmm.. patut la awal sangat sampainya. Ingatkan laju sangat jalannya.
Ok, siap bukak meja, susun-susun kerusi meja untuk guru, meja buffet semua, perarakan dari sekolah ku sampai.. Alhamdulillah, tepat pada masanya. Tapi air tak sampai-sampai lagi. Sebab lupa nak buat air. Pakat kalut nak masak semua. Owh.. ceramah dah nak bermula. Jom masuk ke masjid.
Dengar ceramah mengenai Maulud Nabi. Cerita sirah Nabi diselangselikan dengan lawak dan gambar-gambar. Sebabnya nak tarik pelajar-pelajar ni dengar ceramah dari Ustaz Ab. Halim. Ada sekali tu, ustaz tu tanya pasal solat. Mintak semua pelajar tutup mata dan tundukkan kepala ke bawah. Jangan tengok orang lain. Ustaz tu tanya, siapa yang solat 5 waktu sehari semalam. Daripada beratus-ratus pelajar sekolah tu, ada la 5-6 orang yang lengkap solat 5 waktu. Masya-Allah.. Tak takut ke dengan azab Allah? Azab yang maha pedih siksaannya. Banyak sangat ke solat 5 waktu berbanding 50 waktu yang mula-mula diminta kepada Rasulullah untuk umatnya? Yang anak ustaz pun lengkap 3 je dari 5. Macam mana. Tu yang dikatakan, iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa.
Patut la dalam kelas payah je nak terima ilmu, sebab wadah ilmu tu dah penuh dengan kegelapan. Macam mana ilmu nak masuk. Teringat aku kat satu kisah mengenai seorang yang menuntut ilmu. Seorang ramaja ni menghafal alquran dan hadis. Pada suatu hari, ayat-ayat hafalannya susah sangat untuk diingat. Dia cuba bertanya ibunya adakah makanan yang disediakan untuknya benar-benar halal? Ibunya teringat sebiji telur itik yang bertelur di dalam pagar rumahnnya. Dan ibu itu tidak meminta izin dari tuannya. Kerana itu, tahulah remaja itu, yang menghalang ilmu sampai ke hati adalah dosa memakan makanan yang tidak diketahui puncanya. Cuba bayangkan, cara remaja itu cuba menjaga ilmunya. Kita apatah lagi. Anak-anakku, cubalah lengkapkan solatmu. Kerana solatlah yang membezakan antara Islam dan kafir.
Abah selalu berpesan, tak solat bermakna kafir lah kita. Itu yang membuatkan aku takut sangat. Takut jadi kafir, dan tak payah dihisab, terus dicampak ke neraka jahim! Masih ku ingat, ketika aku di sekolah rendah, tiap-tiap malam kena mengadap abah. Tangan ditadahkan, dan diminta pilih mau rotan yang besar atau rotan yang kecil. Kemudian, sesi soaljawab. Pagi tadi semayang subuh ke tak? Kalau tak, piappp, rotan hinggap di tapak tangan. Tengahari tadi, semayang zohor ke tak? Sampai la semayang Isya’. Mula-mula rasa macam terpaksa. Tapi lama-lama dah boleh memahami solat tu adalah kewajipan yang wajib ditunaikan. Alhamdulillah, terima kasih abah!
Dan berakhirlah di sini entry pasal Maulidur Rasul, melalut sampai pasal solat. takpe lah. ini juga ilmu..
Sambutan Maulidur Rasul 2010
00:33 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment