Anakku Cuba Jadi Pembunuh?

Minggu-minggu selepas peperiksaan ni agak memualkan.. Dengan kerenah pelajar yang sudah tidak mahu belajar. Katanya, mid term exam dah ditempuh. Sekarang masa untuk rileks-rileks.. aduh anakku... Berapa lama lagi kamu mahu bermalas-malasan, berileks-rileks begini. Sedangkan hakikat bangsa lain sudah lama maju kedepan kerana tiada sikap seperti ini. Sikap suka bermalas-malasan patutnya sudah jauh dari hidup kita. Kerana apa? Kerana kita umat Muhammad. Tidak banggakah kalian untuk menjadi umat baginda? Tidak menjadi impian kaliankah untuk mendapat syafaat dari baginda?? Oh.. Oh.. Jangan begitu.. Kita masih punya waktu untuk membaiki diri. Untuk megah mengaku kita adalah umat baginda. Bangkitlah anakku!

Minggu selepas peperiksaan, sekolah ini dikejutkan dengan kejadian cubaan membunuh diri. Siapa agaknya? Kenapa begitu tega cuba membunuh diri yang Allah kurniakan padaNya. Tidak takutkah dengan kerasnya siksaan dari An-Naar itu?? Sungguh! aku tak pernah menjangka anak didikku ini sanggup melakukan perbuatan tersebut. Ironinya, pelakunya adalah pelajar lelaki... Mungkin awalnya ramai yang menebak perkara sebingung itu dilakukan pelajar perempuan. Tapi di sini dapat dilihat pelajar lelaki yang rapuh dengan cubaan kecil. Ah! bagiku, itu sedikit pun tidak dapat dikata dengan cubaan kecil. itu hanya masalah biasa saja! Putus cinta? Cinta tidak berbalas? Hanya berkenalan tak sampai setengah tahun sudah mahu menunjukkan cinta setinggi itu.. Alangkah bodohnya alasan setolol itu untuk dijadikan sebab untuk mengakhiri riwayat diri... Sungguh tidak perlu! Nasib mungkin menakutkan sekiranya tiada guru yang lalu di laluan itu. Dia hanya bernasib baik kerana guru tersebut keluar tepat pada masanya. Andai kata tiada sesiapa yang melalui laluan sunyi itu, mungkin kamu benar-benar tiada di dunia ini! Ah, takut aku memikirkannya.

Aku, masih di sini membuat kajian-kajian sendiri melalui pengalaman yang dilalui cara untuk menyentuh hati-hati anak didikku supaya tunduk dan patuh padaNya.. Walau aku bukan orang yang alim mengenainya, tapi aku tetap Muslim yang berpegang pada ajaran Islam. Muslim yang aku mahu, muslim pilihan. Bukan muslim ikutan. Tetapkan hati aku ya Allah dalam menghadapi mehnah hidup ini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment