Mata tak mahu lelap. Tadi balik tak nak tidur pun. Saje la bawak bantal depan tv. Ahh skali tertidur depan tv. Sampai roomate balik pun tak sedar. Skarang ni baru tau nganga depan lappy tak tau nak buat apa. Tapi ini tengah fikir apa benda nak buat esok.
Esok kalau diikutkan petang tu ada sukantara. kalau kat keladi dulu, sukantara start pukul 4.30 petang. Kat sini pukul 3 start ambik kedatangan semua. Ikut jadual, dari pukul 3 - 5.30. Petang tadi, habis pukul 4.30.. Haha.. awal la tu.
Cuma kat sini nak nunggu dari pukul 1.10 habis kelas sampai pukul 3 petang tu lama jugak la. Bukan boleh dok kat bilik guru. Sebab bilik guru tu kan kongsi. Payah betul. Jadinya aku merayap ke makmal komputer. Nasib baik tak ada kelas. tapi lepas tu, dalam pukul 2.15 cenggitu, ada pulak yang nak guna makmal.. Balik ke BG pulak. Nasib baik kakak mejamate tu ada kelas. Boleh la siapkan RPH. Ahha, rph kat sini kena bertulis tangan. Print-print ni tak boleh ye. Dikatakan kalau bertulis tangan tu prove lebih kuat. Apa sajalah. Dah kalau ketua nak macam gitu. Tapi kat sini, refleksi takde pulak kaler merah. Haha.. rasa cam pelik pulak. Lastly, untuk refleksi aku guna pen kaler hitam. Untuk tulis lesson plan, aku guna pen biru. ok la tu.. Tapi kat sini aku tengok cikgu-cikgunya suka bebeno buat penanda buku yang cantik-cantik untuk letak dalam buku rekod mengajar tu. Rasa cam ada pertandingan penanda buku pulak.Haha..
Oke, mata dah mula rasa mengantuk ni. Esok pagi kena bangun dengan segar untuk berkhidmat di sana sehingga ke petang tu.. ohh.. Tak boleh berehat dengan tenang lagi petang esok..






0 comments:
Post a Comment