Mata tak mahu lelap. Tadi balik tak nak tidur pun. Saje la bawak bantal depan tv. Ahh skali tertidur depan tv. Sampai roomate balik pun tak sedar. Skarang ni baru tau nganga depan lappy tak tau nak buat apa. Tapi ini tengah fikir apa benda nak buat esok.
Entri di tengah pagi yang hening
Entri Pertama Untuk Tahun 2011
Assalamualaikum...
Inilah dia entri pertama untuk tahun 2011. Lama tu, kalau dikirakan dah masuk bulan Februari dah pun. Ini pun bersamaan dengan hari sambutan perayaan Maulidurrasul. Harapan aku, semoga lepas ni aku dah tak malas-malas nak update entri. Yang ini sampai penuh bersawang. Aku pun terkena selsema sebab banyak sangat sawangnya.. (sebenarnya memang dah selsema dah pun.. saja je eksyen. Haha..)
Okeh, mulai tahun baru ni aku rasa nak tulis yang gila-gila sikit memandangkan aku kat sekolah baru ni tak ada kawan yang gila-gila.. Karang tak pasal-pasal aku yang gila kentang.. haha.. Okeh, cerita pasal sekolah baru ni, akhir tahun baru-baru ni aku dapat notis pertukaran. Tapi yang bestnya tak dapat pun surat rasmi pertukaran ke sini. So, aku dengan gembiranya masih lagi setia dengan sekolah lamaku.. itulah namanya kenangan pertama di sekolah pertama mengajar. Akan tetap menjadi ingatan di sepanjang hayat. Masih lagi di ingatan hari terakhir di sekolah ada Majlis Perpisahan yang dianjurkan oleh Kelab Guru. Sungguh menyentuh kalbu.. huhu.. Sebab sekolah tu dah sebati dengan diri jadi rasa macam agak susah nak berpisah.. ececee.. Tapi, gitu la hakikat hidup, ada pertemuan, pasti akan ada perpisahan walau itu yang tidak mahu kita lalui. Di sinilah juga jambatan persahabatan yang indah terjalin dengan rakan-rakan yang baik dan gila-gila.. Aku rindu Zuzu (boss pss ku.. dan tq kerana perkenalkan aku dengan HP..), IF (sekarang ni dah tukau nama jadi KIF.. haha .. err.. beliau juga adalah guru masakan kek yg aku kagumi.. ~bodek2~..), KM (yang nampak cam garang gile, tapi kelakar kau.. haha...), Ana (yang suka gelak je.. dah nak kawin dah bulan 6 ni.. kalau aku kat sana lagi, rumah dialah yang aku rancang nak sewa bersama..), Ame (spek matanya tak boleh tinggal okeh. Hari kawin pun masih setia dgn spek mata transitionnya tu..), Kakita (yang baik hati dan suka gelak.. dia janji nak bagi sample coklat kat aku.. bila ntah nak pi sana ntah..) dan jugak Liza aka Lyz yang comel (lama dah tak jumpa since lepas pegi mandi kat air terjun Sedim hari tu..). Eh, kalau nak cerita ni, panjang lebar tak habis satu entri ni haa.. Apapun, aku nak cakap aku rindu hangpa semua.. Aku rindu Keladian.. Oleh itu, aku nak tujukan lagu ni untuk sahabat-sahabat aku di sana. Doa Perpisahan by Brothers..
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu
Sukanya mengenang tempat lama. Cuma di tempat baru ni aku masih dalam usaha untuk menyesuaikan diri lagi. Masih cuba nak adapt dengan budaya sekolah ni. Normal la kalau kita nak compare dengan sekolah lama. Tapi tak boleh selalu sangat nanti tak kita tak nampak apa yang bagus kat sekolah baru ni. Setakat aku mengajar kat sini, di minggu pertama dah ada masalah sikit dengan orang di sana. Tapi biarlah. Aku tak kisah la dengan benda-benda kecik cam gitu. Walaupun cenggitu, Alhamdulillah setakat ni pelajar-pelajar aku semua boleh dikategorikan OK. Tak jumpa lagi la dengan students yang ‘geli’ cam IF cakap kat sorang budak tu. Haha.. Cuma ada la beberapa cikgu kat skolah tu mintak aku hati-hati dengan sorang budak dari kelas aku mengajar tu. Kelas tu kelas ke 9 dari 10 kelas. Katanya dia jadi angkuh sebab belajar silat harimau berantai. Kalau silat saja tak apa. Tapi sebab yang ini melibatkan ilmu batin, jadi bahaya sikit la.. tapi bagi aku, budak macam ni nak seek attention cikgu aje. Tengok la macam mana nanti.





