Rasanya isu ni tak sepanas isu Bersih, Ambiga, Azmin, hatta lembu2 fidlot sekali pun. Tapi semalam aku ada terdengar mengenai topik pembantu rumah yang mengambil alih tugas parent untuk bersama anak. Aku rasa agak menarik untuk aku ulas. Walaupun kadang2 bahasa aku ni berterabur, tapi masih berusaha untuk menerangkan benda ni.
Seperti yang aku dengar semalam dan apa yang berlaku dalam hidup sehari2 ni, aku terpanggil untuk memberi sikit sebanyak pandangan.
Ok poin yang pertama adalah, anak yabg diasuh dab yang dijaga oleh pembantu rumah biasanya agak degil, tidak mendengar kata, tak rapat dengan parent, selalu bermasalah dan lain2 yang negatif. Sebenarnya tugas seorang pembantu rumah tidaklah sama dengan fungsi seorang pendidik. Jiwa seorang ibu serta kasih sayang yang diberi oleh pembantu takkan sama dengan ibu sendiri. Itu yang menyebabkan bonding antara mak dan anak kurang walau hakikatnya mak itulah yang melahirkan. Ini kerana anak itu tidak mendapat sentuhan langsung dari mak ayah sendiri. Oh kesian anak tu. Itu yang kita lihat sekarang perangai anak2 masa kini tak sama dengan anak2 zaman kita dulu. Memang sangat lain. Kalau di barat memang ada baby sitter yang ada ilmu tentang keibubapaan. Bukan seperti pembantu rumah yang menjaga anak kita.
Fikirkanlah kalau anak yang tidak dijaga sendiri oleh ibu bapa yang akhirnya tega untuk menghantar ibu ayah sendiri di rumah penjagaan orang tua...
Pembantu Rumah Ambil Alih
Sepagi di sekolah
Hari ni hari kedua gotong royong khidmat masyarakat pengawas pss di pusat sumber. Kehadiran amat mengecewakan. Pustakawan yang tak hadir akan dikenakan tindakan. Kemudian mengenai buku Nilam pustakawan jugak sangat2 mengecewakan. Harapkan pustakawan memberikan contoh terbaik, tapi buku nilam sendiri pun tak hantar. Issh.. Rasa macam nak naik hantu pun ada ni. Geramnya la... Bukak sekolah ni kena bincang balik dengan guru nilam dan guru bahasa setiap kelas. Bagi senarai nama pelajar yang tak ada buku nilam.
Ingat2 balik, terasa sangat keje menimbun. Apa nak buat ni... Stress sungguh rasanya. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas.... Fuhhhhh... Fuhhhh....
Jumaat Nan Indah
Hari ini best betul. Dapat duit yang claim hari tu. Walaupun sikit, tapi takpe, itu tetap duit jugak. Alhamdulillah, aku sedekah sikit, tapi dapat banyak... Syukur ya Allah...
Tadi ada jamuan sempena perpisahan gurubpraktikal dan kak Fadhilah Yusuf. Sedih rasanya atas perpisahan ini. Kak nofy dapat sekolah baru yang bukak dekat Presint 5 ni. Best betul rasanya. Tapi kak fad cerita kat sekolah putrayaya ni masuk 7.30, balik pulak 4 petang. Kebanyakan Sabtu minggu ke2 dan ke4 pulak ada aktiviti. Kelas tambahan ada malam.
Tiba2 pulak aku terfikir macam mana nak balik kampung kalau macam tu. Adoyaiii.. Dalam dilema betul. Tapi kat tempat baru mesti la best. Prasarana lengkap dan canggih. Maklum la sekolah baru di Putrajaya pulak tu.
Tadi jugak dengar cerita kak Liza, kak Suriani, Syahida & Shahrul akan buat Umrah cuti ni. Bestnya dapat jejakkan kaki ke kota Suci Mekah. Aku teringin sangat ke sana. Untuk merasakan sendiri kehebatannya. Hati memanggil2 diri ini ke sana. Tapi kekangan masih banyak menunggu. InsyaAllah, aku akan ke sana suatu hari nanti. Semoga Allah permudahkan segalanya untukku..
Ahad Yang Pendek
Hari ni dh hari ahad? Wahhh... Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar hari Ahad dah nak meninggalkan kita. Raaa macam tak sempat nak buat apa pun. Tengok2 esok dah kerja. Ini namanya menghabiskan masa entah mana2. Semalam kenduri rumah cikgu Rejiha pun tak pergi. Terlupa. Lagi pulak encik Kaba ada game bowling jat Alamanda. Ikutkan aje la. Lagipun dia ajak pegi tengok wayang sekali. Dia nak belanja. Aku ikutkan aje.
Pagi semalam pun takbpuas hati dengan dia. Pasal apa lagi kalau bukan sebab masa. Lembap betul. Memang saja la cari pasal dengan aku. Geram betul. Kita dh lewat dia pulak boleh lambat2. Sakitnya hati aku. Isshhh.. Nak buat macam mana, dah jadi tabiat. Hmmm.. Sabar je tau.. Ni budak kaki game tengah main perang2. Saba lagi. Dengar bang pun bukan nak pegi surau... Ishh.. Sabar2..
Tapikan, sekarang ni cepat betul rasa letihnya. Buat apa pun rasa tak semangat aje. Agaknya sebab berita tak best yang aku dapat tau hari jumaat tu kot. Nampak gayanya aku nak kena tanya pendapat x-GPM dengan pk cg Amin dulu nampak gayanya ni.. Adoii la.. Terbawak2 sampai ke rumah. Minggu ni minggu last sebelum cuti. Ayookk kertas tak habis tanda lagi. Web sekolah tak bersentuh pun lagi..
Membowling di Alamanda
Tunggu kaba main bowling dengan kawan2 dia. Agak bosan. Tapi aku ikutkan aje. Diorang ajak aku main bowling. Tapi hati ni malas aje. Hati yang tenang tiba2 berkocak hebat. Kalau difikirkan memang rasa penat. Tapi aku cuba mengikhlaskan hati mengharap redha dariNya. Sebenarnya apa pun masalah ada jalan penyelesaian. Jugak lasti ada tolak ansur dan budi bicara. Bila pihak atas tak pernah tahu apa yang anak biah dia buat, inilah akibatnya. Diberi alasan waktu mengajar aku sikit. Memang la sikit sebab aku nak kena uruskan program PSS. Masa aku sendiei pun aku korbankan. Tapi aku tak kisah pun. Paling penting aku enjoy dengan apa yang aku buat. Dan aku masih bertatih2 buat yang terbaik untuk kerja yang diamanahkan kepada aku.
Aku takut sangat kalau tak mampu nak buat yang terbaik. Aku jadikan suamiku idola. Dialah yang terbaik di mataku. Walaupun urusan rumahtangga dia todak seberapa, tapi kalau diberikan kerja, dia akan buat sehabis baik. Itu yang aku cuba ikut.
Trying To Conceive
![]() |
| Subhanallah.. cantiknya budak ni.. Credit : google.com |
- Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
- Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
- Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
- Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
- Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah.
- Tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya. *
![]() |
| Credit : google.com |
- Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan.
- Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat. Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut.
- Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
![]() |
| credit : google.com |
Selamat Pengantin Baru Ije dan Sarah
Buat adindaku Ije, ku titipkan doa buatmu dan isteri...
![]() |
| credit : google.com |
Spageti Napoletana KLCC
![]() |
| Gambar ni aku paw kat www.mau.my. Pemanggang Ajaib Ikan. |
Hilang Motivasi
Salam pagi Isnin!
Hari ni agak ok sikit berbanding 2-3 hari lepas. Rasa penat badan tu tak tahu la kenapa. Lepas balik dari kenduri kat kampong, rasa lemah je badan. Ke sebab makan banyak ye? Dengan nasik kendurinya, dengan burger Pantai Timurnya, murtabak pulak hari-hari bedal. Yaa adoooo… Apa la nak jadi. Emmm.. tapi aku agak-agak sebab buat IUI untuk kali pertama hari tu tak jadi kot? Aku pun tak paham dengan diri sendiri. Rasa mandom aje. Tapinya bab makan laju pulak. Heran tu. Lepas ni boleh la buat entry pasal makan-makan pulak.

Tapi masalah pasal lemah badan ni rasanya banyak sebab kot. Lagipun masa nak buat IUI hari tu, bab excercise ni memang tinggal la. Sebelum tu rajin la jugak workout guna XBOX 360 tu dengan Mel C. Tapi sebab konon-konon takut gugur kalau embrio tu jadi, tu yang stop semua excercise. My roomate pun ada gak membebel pasal badan dah tak fit. Katanya nanti susah nak lekat sebab badan lemah. Entah la. Tapi rasanya kena mula balik kot workout. Paling tidak pun dancing 10 minit sehari ok la kot. Jugak nak jaga makan. Taknak makan goreng-goreng dah. Cukup la balik kampung hari tu makan macam-macam. Hihi... Harap-harap azam tengah tahun ni jadi la yek.
Bulan ni dah lepas first cycle untuk IUI. Ingatkan dah lekat dah. Punyalah konfiden. Hari ketiga period lewat, aku dengan lajunya pegi beli urine test kat klinik Harmoni harga RM10. Balik tu terus test. Ohh.. satu line je?? Hmmm.. Sabar dulu. Agaknya sebab awal sangat kot. Mungkin HCG tak dapat dikesan lagi dalam urine tu kot. Bersangka baik ni. Lepas tu dah melewati hari ke-4, ke-5, ke-6. Hari ke-7, tetiba terkejut sebab ada darah. Terus la aku meraung. Kih3... kelakar pulak rasanya. Meraung sebab mengamuk kenapa tak jadi. Frust menonggeng jugak la. Lepas tu baru rasa sedih. Haha. Boleh ye cam tu.. Tapi apa-apa pun kita berserah pada Allah saja. InsyaAllah ada nanti rezeki untuk kami berdua.
Aku ni kadang-kadang rasa kuat, kadang-kadang rasa down jugak. Memang selalu aku muhasabah diri sendiri supaya lebih positif. Tapi nak buat tu bukan senang. Nak paksa diri sendiri positif ni. Kadang-kadang tu aku biarkan je rasa tu menjeruk dalam diri. Itu yang aku mula jadi hilang semangat. Sebab rasa macam dah tak larat sangat-sangat. Semoga Allah beri kekuatan untuk aku hadapi ujian yang kecil ni.
Tahun 2012 Yang Penuh
Tahun ni rasanya sangat-sangat sibuk. Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada aku. Blog sekolah entah ke mana. Geram betul aku dengan budak-budak ni. Sekali suruh, sekali bergerak. Penghujungnya, aku jugak yang buat. Aku rasa nak kena ambil strategi baru ni macam mana nak mengatasi masalah ni. Agaknya kena buat jadual, tulis tiap2 minggu apa yang nak kena buat. Harapnya berjaya. InsyaAllah..












