Hilang Motivasi



Salam pagi Isnin!

Hari ni agak ok sikit berbanding 2-3 hari lepas. Rasa penat badan tu tak tahu la kenapa. Lepas balik dari kenduri kat kampong, rasa lemah je badan. Ke sebab makan banyak ye? Dengan nasik kendurinya, dengan burger Pantai Timurnya, murtabak pulak hari-hari bedal. Yaa adoooo… Apa la nak jadi. Emmm.. tapi aku agak-agak sebab buat IUI untuk kali pertama hari tu tak jadi kot? Aku pun tak paham dengan diri sendiri. Rasa mandom aje. Tapinya bab makan laju pulak. Heran tu. Lepas ni boleh la buat entry pasal makan-makan pulak.

Tapi masalah pasal lemah badan ni rasanya banyak sebab kot. Lagipun masa nak buat IUI hari tu, bab excercise ni memang tinggal la. Sebelum tu rajin la jugak workout guna XBOX 360 tu dengan Mel C. Tapi sebab konon-konon takut gugur kalau embrio tu jadi, tu yang stop semua excercise. My roomate pun ada gak membebel pasal badan dah tak fit. Katanya nanti susah nak lekat sebab badan lemah. Entah la. Tapi rasanya kena mula balik kot workout. Paling tidak pun dancing 10 minit sehari ok la kot. Jugak nak jaga makan. Taknak makan goreng-goreng dah. Cukup la balik kampung hari tu makan macam-macam. Hihi... Harap-harap azam tengah tahun ni jadi la yek.

Bulan ni dah lepas first cycle untuk IUI. Ingatkan dah lekat dah. Punyalah konfiden. Hari ketiga period lewat, aku dengan lajunya pegi beli urine test kat klinik Harmoni harga RM10. Balik tu terus test. Ohh.. satu line je?? Hmmm.. Sabar dulu. Agaknya sebab awal sangat kot. Mungkin HCG tak dapat dikesan lagi dalam urine tu kot. Bersangka baik ni. Lepas tu dah melewati hari ke-4, ke-5, ke-6. Hari ke-7, tetiba terkejut sebab ada darah. Terus la aku meraung. Kih3... kelakar pulak rasanya. Meraung sebab mengamuk kenapa tak jadi. Frust menonggeng jugak la. Lepas tu baru rasa sedih. Haha. Boleh ye cam tu.. Tapi apa-apa pun kita berserah pada Allah saja. InsyaAllah ada nanti rezeki untuk kami berdua.

Aku ni kadang-kadang rasa kuat, kadang-kadang rasa down jugak. Memang selalu aku muhasabah diri sendiri supaya lebih positif. Tapi nak buat tu bukan senang. Nak paksa diri sendiri positif ni. Kadang-kadang tu aku biarkan je rasa tu menjeruk dalam diri. Itu yang aku mula jadi hilang semangat. Sebab rasa macam dah tak larat sangat-sangat. Semoga Allah beri kekuatan untuk aku hadapi ujian yang kecil ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment