Spageti Napoletana KLCC

Salam mesra dan salam muhibbah. Anda bersama saya, Cik Anas Yang Comel dalam rancangan, “Malas Masak? Jom Cari Makan.” Haha.. Over pulak intronya. Padahal nak cerita pasal spageti mitbol yang terpaling sedap aku penah makan. Haaa tempatnya pun bukan gerai biasa ye kak bedah, kak nab semua ye. Ini cafe di KLCC. Nama kedainya, Cafe Milano. Best oh. Memang recommended sape-sape yang suka spageti. Sedapnya.. Cuba la tengok gambar kat bawah ni ha.. Nampak sedap kan? Itu baru tengok. Bukan makan lagi..


My roomate pun cakap terpaling sedap selepas spageti yang aku masak. (ter tu pun dah menunjukkan sangat, tambah pulak paling. Itu menunjukkan betapa sedapnya spageti ni. Hihi..). Hmm.. Berani la incik rumet cakap tak sedap spageti aku masak tangga ke-2. Kang tak memasal aku gantung periuk belanga. Baru tahu.. hihi.. Tapi secara benarnya, aku sekarang ni memang malas sangat nak masak-memasak skarang ni. Kalau kat Kulim, kat Penang dulu, ada je resepi-respi baru menjengah dapur aku tu. Rasanya sebab utama adalah kesukaran untuk dapatkan bahan basah atau bahan kering. Dulu, kalau tak cukup 1-2 barang, start je Momo, terus ke kedai runcit yg berjarak 2 minit dari rumah. Kat sini, tak cukup apa-apa, malas betul aku nak keluar.

Gambar ni aku paw kat www.mau.my. Pemanggang Ajaib Ikan.
Access untuk dapatkan bahan-bahan nak masak ni susah sangat. Buah-buah pun dah jarang masuk peti ais. Sebabnya pasar malam kat sini 2 kali seminggu je pun. Tambah pulak pasar malamnya pun tak membangkitkan semangat juang aku. Wahhh.. Begitu sekali aku ni. Hihi... Itu la pasalnya aku dah tak berapa rajin masak ni kot. Renyah.. Renyah.. Ia juga sebab my rumet nak berdiet. Tak memasal dengan aku-aku skali kena diet. Tapi ok jugaklah. Memandangkan badan ni dah naik macam kena pam basikal dah ni. Jadinya lauk hari-hari adalah semua yang berbakar. Nasib ada pemanggang ajaib. Pemanggang ajaib? Ya, betul tu. Nama macam kelakar kan? Haha.. Tapi itulah hakikatnya. Nama penuh pemanggang tersebut adalah Pemanggan Ajaib Ikan. Dah tu ada gambar ikan seketoi. Haha.. Tak tipu ni. Nanti aku tepekkan gambar.  Walaupun namanya kelakar, tapi dialah penyelamat aku nak membakar ikan, seafood semua kat rumah ni. Tiada asap, senang dibakar, segar dimakan. Wahhh.. Canggih kau Joyah! Rasa-rasa berminat, pegi cari kat kengkawan yang jual dari katalog Menang Glassware tu. Ini aku beli ngan adik aku nun di Kedah sinun. Dah, jangan malas-malas. Pegi panggang ikan sekarang! Ha, kan aku dah jadi mak tiri dah ni. Hmmpphhh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment