Hari ini best betul. Dapat duit yang claim hari tu. Walaupun sikit, tapi takpe, itu tetap duit jugak. Alhamdulillah, aku sedekah sikit, tapi dapat banyak... Syukur ya Allah...
Tadi ada jamuan sempena perpisahan gurubpraktikal dan kak Fadhilah Yusuf. Sedih rasanya atas perpisahan ini. Kak nofy dapat sekolah baru yang bukak dekat Presint 5 ni. Best betul rasanya. Tapi kak fad cerita kat sekolah putrayaya ni masuk 7.30, balik pulak 4 petang. Kebanyakan Sabtu minggu ke2 dan ke4 pulak ada aktiviti. Kelas tambahan ada malam.
Tiba2 pulak aku terfikir macam mana nak balik kampung kalau macam tu. Adoyaiii.. Dalam dilema betul. Tapi kat tempat baru mesti la best. Prasarana lengkap dan canggih. Maklum la sekolah baru di Putrajaya pulak tu.
Tadi jugak dengar cerita kak Liza, kak Suriani, Syahida & Shahrul akan buat Umrah cuti ni. Bestnya dapat jejakkan kaki ke kota Suci Mekah. Aku teringin sangat ke sana. Untuk merasakan sendiri kehebatannya. Hati memanggil2 diri ini ke sana. Tapi kekangan masih banyak menunggu. InsyaAllah, aku akan ke sana suatu hari nanti. Semoga Allah permudahkan segalanya untukku..
Jumaat Nan Indah
01:16 |
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment