Rasanya isu ni tak sepanas isu Bersih, Ambiga, Azmin, hatta lembu2 fidlot sekali pun. Tapi semalam aku ada terdengar mengenai topik pembantu rumah yang mengambil alih tugas parent untuk bersama anak. Aku rasa agak menarik untuk aku ulas. Walaupun kadang2 bahasa aku ni berterabur, tapi masih berusaha untuk menerangkan benda ni.
Seperti yang aku dengar semalam dan apa yang berlaku dalam hidup sehari2 ni, aku terpanggil untuk memberi sikit sebanyak pandangan.
Ok poin yang pertama adalah, anak yabg diasuh dab yang dijaga oleh pembantu rumah biasanya agak degil, tidak mendengar kata, tak rapat dengan parent, selalu bermasalah dan lain2 yang negatif. Sebenarnya tugas seorang pembantu rumah tidaklah sama dengan fungsi seorang pendidik. Jiwa seorang ibu serta kasih sayang yang diberi oleh pembantu takkan sama dengan ibu sendiri. Itu yang menyebabkan bonding antara mak dan anak kurang walau hakikatnya mak itulah yang melahirkan. Ini kerana anak itu tidak mendapat sentuhan langsung dari mak ayah sendiri. Oh kesian anak tu. Itu yang kita lihat sekarang perangai anak2 masa kini tak sama dengan anak2 zaman kita dulu. Memang sangat lain. Kalau di barat memang ada baby sitter yang ada ilmu tentang keibubapaan. Bukan seperti pembantu rumah yang menjaga anak kita.
Fikirkanlah kalau anak yang tidak dijaga sendiri oleh ibu bapa yang akhirnya tega untuk menghantar ibu ayah sendiri di rumah penjagaan orang tua...
Pembantu Rumah Ambil Alih
22:13 |
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment