Anakku Cuba Jadi Pembunuh?

Minggu-minggu selepas peperiksaan ni agak memualkan.. Dengan kerenah pelajar yang sudah tidak mahu belajar. Katanya, mid term exam dah ditempuh. Sekarang masa untuk rileks-rileks.. aduh anakku... Berapa lama lagi kamu mahu bermalas-malasan, berileks-rileks begini. Sedangkan hakikat bangsa lain sudah lama maju kedepan kerana tiada sikap seperti ini. Sikap suka bermalas-malasan patutnya sudah jauh dari hidup kita. Kerana apa? Kerana kita umat Muhammad. Tidak banggakah kalian untuk menjadi umat baginda? Tidak menjadi impian kaliankah untuk mendapat syafaat dari baginda?? Oh.. Oh.. Jangan begitu.. Kita masih punya waktu untuk membaiki diri. Untuk megah mengaku kita adalah umat baginda. Bangkitlah anakku!

Minggu selepas peperiksaan, sekolah ini dikejutkan dengan kejadian cubaan membunuh diri. Siapa agaknya? Kenapa begitu tega cuba membunuh diri yang Allah kurniakan padaNya. Tidak takutkah dengan kerasnya siksaan dari An-Naar itu?? Sungguh! aku tak pernah menjangka anak didikku ini sanggup melakukan perbuatan tersebut. Ironinya, pelakunya adalah pelajar lelaki... Mungkin awalnya ramai yang menebak perkara sebingung itu dilakukan pelajar perempuan. Tapi di sini dapat dilihat pelajar lelaki yang rapuh dengan cubaan kecil. Ah! bagiku, itu sedikit pun tidak dapat dikata dengan cubaan kecil. itu hanya masalah biasa saja! Putus cinta? Cinta tidak berbalas? Hanya berkenalan tak sampai setengah tahun sudah mahu menunjukkan cinta setinggi itu.. Alangkah bodohnya alasan setolol itu untuk dijadikan sebab untuk mengakhiri riwayat diri... Sungguh tidak perlu! Nasib mungkin menakutkan sekiranya tiada guru yang lalu di laluan itu. Dia hanya bernasib baik kerana guru tersebut keluar tepat pada masanya. Andai kata tiada sesiapa yang melalui laluan sunyi itu, mungkin kamu benar-benar tiada di dunia ini! Ah, takut aku memikirkannya.

Aku, masih di sini membuat kajian-kajian sendiri melalui pengalaman yang dilalui cara untuk menyentuh hati-hati anak didikku supaya tunduk dan patuh padaNya.. Walau aku bukan orang yang alim mengenainya, tapi aku tetap Muslim yang berpegang pada ajaran Islam. Muslim yang aku mahu, muslim pilihan. Bukan muslim ikutan. Tetapkan hati aku ya Allah dalam menghadapi mehnah hidup ini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bas itu...

Tadi, ada terbuka mengenai video ceramah dari ustaz mana aku lupa. Dia menganalogikan perjalanan kita ke 'sana' nanti bagaikan menaiki sebuah bas.. Sebuah bas yang sangatttt besar sehingga kita tak perasan pun yang kita sedang menaiki sebuah bas untuk ke destinasi seterusnya.. Ada yang terus singgah di hentian, terpesona dengan hiasan sementara.. Tapi bas tersebut tetap terus dengan tujuan asalnya. Matlamat asalnya untuk membawa penumpang-penumpang ini menghadap Tuhan sekalian Alam.. Kadang-kadang bas tergempa dengan lopak-lopak yang dalam.. kadang-kadang selekoh yang tajam yang menyebabkan kita di dalam bas bagai tersentak yang kita masih berada di dalam bas.. itu peringatan untuk menyedarkan kita jangan alpa dengan perjalanan yang panjang yang mungkin menipu...

aku tak suka menulis sebab aku sukar untuk menyatakan apa yang mahu aku sampaikan. kadang-kadang terlalu banyak idea aku mahu nyatakan, akhirnya hanya 2-3 sahaja yang sempat aku bicarakan.. Sungguh menyedihkan.. Sungguh aku teringin menjadi penulis, memberi dan membicarakan buah fikirku... Ini pun sedikit sebanyak aku dah mula rasa bosan.. Bosan menulis.. Arghh!! Macam mana la aku nak jadi penulis. Tapi, tak kisah la.. Aku menulis untuk luahan hati sendiri.. Hanya untuk bacaan sendiri dan orang-orang tertentu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Palestin...

Hari ni, setepatnya pagi ini bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang berkonvoi.. Maghrib tadi, dengar berita tentang konvoi yang serang Israel yang menyebabkan kematian dan juga cedera kepada 19 ahli konvoi.. Hatiku sedih. Aku tidak ke sana untuk berjihad untuk muslim seagama denganku. Tapi aku di Malaysia hanya menyaksikan kematian demi kematian untuk memberi bantuan kepada umat Islam di sana.. Tak tahulah kenapa! Aku benci perkara ini berlaku. Bilamana aku berada di negara yang tenang luarannya walau dari dalamnya busuk dan kohong! Banyak perkara yang melintas difikiranku masa ini. Pelbagai perkara yang menyakitkan aku ambil tahu akhir-akhir ini. Sungguh takut sekali dengan keadaan sekarang ni. Kita di Malaysia masih lagi terkinja-kinja ke sana ke mari.. Memikirkan hal-hal dunia.. Sesungguhnya hari ini hedonisme ada di mana-mana. Gilakan pangkat, gilakan keseronokan, gilakan kemewahan, gilakan kuasa... Arrggghh!! sungguh ku tak mahu berada di antaranya.. Biarkan aku sendiri, jangan nanti aku teralpa dengan sirna mentari yang kabut ini.

Marilah sama-sama kita buat qunut Nazilah supaya saudara-saudara kita yang menyertai misi ke Gaza selamat dan berjaya mencapai matlamat.. Hanya doa dari kejauhan yang dapat dilakukan.. semoga semuanya selamat.. Amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagi Spiderwoman..

Sebenarnya malas nak cerita benda-benda yang membuatkan hati rasa tak selesa. Tapi kalau tak cerita dalam blog ni, lagi rasa serabut. sekurang-kurang dah terluah (baca : termuntah) kat sini..


dalam bulan ni, sekolah ku telah dapat tangkap spiderwoman. dipanggil spiderwoman sebab ditangkap khalwat. semasa di tangkap khalwat tu, pelajar perempuan tersebut tu menyorok kat atas siling rumah. itu yang nama spiderwoman boleh dapat nama.. boleh terfikir tak macam mana seorang anak gadis berada di rumah teman lelakinya yang ke-26. bila disiasat, pelajar tersebut pernah melakukan hubungan seksual dengan teman lelakinya yang berumur 19 tahun.

dalam hati ini bergetar ketakutan.. adakah ini akhir zaman? sungguh menakutkan perkara-perkara sebegini dipandang enteng oleh keluarga sendiri, oleh masyarakat... ya Allah, jangan Dikau turunkan bala atas kami yang tidak bersalah. kami sedaya upaya cuba mendidik anak-anak kami sebaik mungkin..

ada satu kisah yang diceritakan kepadaku. mengenai sebuah kapal yang belayar di tengah lautan. awak-awak kapal dan kapten kapal berada di atas yang ditamsilkan sebagai orang-orang alim. mengawal haluan kapal. anak-anak kapal yang ditamsilkan sebagai orang-orang jahil yang berada di perut kapal merasa dahaga dan berbincang sesama mereka bagaimana mahu mendapatkan air untuk menghilangkan dahaga.

salah seorang mereka mencadangkan agar menebuk sedikit lubang di dinding perut kapal tersebut. kerana pada pandangan mereka yang jahil, sudah tentu di luar kapal tersebut dipenuhi dengan air dan ini dapat menampung dahaga mereka yang sudah tidak sabar untuk mendapatkan air. walhal, air tersebut sedikitpun tidak dapat menghilangkan dahaga mereka. jadi, bolehlah kita bayangkan sekiranya kapal tersebut dilubangi dengan air laut, apa yang akan terjadi kepada kapal malang itu.

inilah yang cuba disampaikan. walaupun orang-orang alim (kapten kapal beserta ahlinya) berada di kapal tersebut, tetapi tidak mendidik orang-orang jahil (anak-anak kapal)nya menyebabkan satu kapal ditimpa musibah.. semunya mendapat bala yang sama... andaikata kapten tersebut sudah memberi pendidikan kepada anak kapal, sekiranya anak kapal masih berdegil untuk menebuk lubang tersebut, maka kapal tersebut juga akan tenggelam... bersama2... Naudzubillah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tiba di negeri Serendah Sekebun Bunga.. lega rasanya. lama betul tak balik.. akhirnya lepas berjaya dipujuk dengan kalendar, last2 dapat balik jugak. banyak yang berubah. tapi balik memang terasa nak makan itu dan ini. memang kaya dengan makanan di bumi serambi mekah ni..

malam ni ada yang nak belanja nasi kukus. sedapnyaa... kejap lagi adik pegi beli. sekarang bersiap untuk pergi ke pasar malam yang best. tapi aku tak bleh bawak duit. bawak sepuluh riyal dah cukup..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masa

rasa sedikit upset mengenai kerja-kerja yang dibuat. dibayangi oleh banyak perkara. aduh.. masa yang banyak terbuang tidak dimanfaatkan...

sekarang ni banyak benda yang melintas di fikiran. kenapa, mengapa.. harap aku dapat selesaikan kekusutan fikiran aku ni. takut2 dijolok setan2 durjana.. lindungilah aku.. padahal baru je berfikir-fikir nak buat baik. tapi niat baik tu terbantut pulak. macam mana eh?

tadi ikut kak nora ke majlis jemaah masturat.. aku tengok, jemaahnya semua baik-baik. mungkin tarbiah keluar ke jalan dakwah dah nampak hasil. tapi aku bila la nak pergi. yang tadi, jemaah dari johor tu keluar 40 hari. alhamdulillah.. aku? kena tunggu my roomate laa.. ada jugak ajak dia, tapi katanya sibuk. tapi aku takkan jemu-jemu ajak dia nanti.. tak nak sia-siakan masa muda nak masuk tua ni ke jalan yang sia-sia. kurang-kurang ada la jugak bekalan pengetahuan untuk kami tempuhi hidup di bumi pinjaman ni. biar jadi sedar diri sikit. menumpang di sini untuk menitip bekalan ke sana.

Anis Wi'am ~ 2325

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hari ni banyak sangat benda terkejut dalam hidup aku. malam tadi, aku bermimpi.. membuatkan aku tersedar mengenai sikapku selama ini. tidak mengendahkan apa sahaja tentang diriku. sedangkan aku juga perlu jaga diri sendiri. insyaAllah, aku bertekad akan mengubahnya selagi terdaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayahanda & Bonda

Kasihmu bonda, membawa ke Syurga. Kasihnya ayahanda sepanjang masa.
Ayahanda, maafkan aku kerana sudah lama tidak bersuara. Walau kita tidak rapat sekalipun, tapi aku sepatutnya sebagai seorang anak wajib mengambil berat dan memberi khidmat kepada orang tuanya. Abah, mintak maaf tak dapat balik masa abah masuk hospital untuk buang katarak. Mintak maaf sangat-sangat. Abah tak kisah dan hanya bising-bising. Tapi aku rasa sangat bersalah. Bersalah kerana kurang cakna dengan family di sana. I take for granted. Inilah yang aku dapat. Kesian abah, kesian ma.

Ma, nak mintak maaf jugak. Banyak sangat dosa pada ma. Harap ma sudi ampunkan. Ma, masa ma jatuh kat hospital hari tu, a nak belikan kasut untuk ma. Tapi tu la, tak beli-beli lagi. Kesian kaki tua ma yang dah mula berkedut. Urat-urat mula bersimpul. Ma, a sayang ma. Ma jatuh hari tu pun, ma tak bagitau sesiapa. Sedih sangat bila dapat tahu ma sakit kaki tergeliat masa bawak abah ke hospital untuk bedah mata. Rasa macam anak yang tak boleh nak berkhidmat untuk mak ayah.

Ya Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Kau kasihanilah kedua ibubapaku..

P/s : sedihku masih lagi berbaki…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Baru

Hari ni, lewat petang I received call from my roomate. Ingatkan apa la tadi. Rupanya nak kongsi berita gembira dengan aku. Dia dapat tawaran kerja baru sebagai pegawai kerajaan. Hemm.. Aku tiba-tiba rasa sedih. Tak tahu kenapa. Sebab selama ni, aku rasa susah tapi aku tak kisah. Sebab aku menganggap ia adalah ujian dan kifarah dosa untuk aku. Tapi bila aku mendengar perkhabaran tu, tiba-tiba aku rasa sayu. Aku takut, bila Allah bagi kesenangan pada aku dan membuatkan aku lupa padaNya. Ujian kesenangan lebih hebat dari ujian kesusahan. Kesusahan membuatkan kami berdua tabah bersama. Dan bidang kerja my roomate ni pulak banyak yang aku dengar banyak cabarannya. Aku takut. Takut diuji dengan bebanan yang kami berdua tak mampu menanggungnya.

Aku bukan kufur nikmat. Aku bersyukur pada rahmat dan kasih sayangNya kepada kami. Tapi aku sebagai manusia biasa takut tersadung kaki di tengah perjalanan menuju matlamat. Semua orang bergembira. Aku pun mahu meraikan hari ini. Tapi hatiku rasa gundah dan sedih. Sebab ini bermakna, pengajian sarjananya mesti ditangguhkan dahulu. Aku suka bidang kerja dia sekarang ni. Tapi jika inilah jalan yang terbaik, Kau pandulah kami agar tidak tergelincir dari landasan jalan yang lurus. Amin…

Rasaku, selepas ini ada dugaan yang lebih hebat kepada kami berdua. Dugaan terhadap kerja baru. Semoga Allah memberikan jalan keluar untuk setiap permasalahan ini..
Hidup mesti diteruskan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shopping therapy

baru balik shopping barang dapur sikit. tadi ada singgah kedai buku sebelum pegi beli barang tu. owhh... aku rambang mata lagi.. dan jugak beli 2 buku.. sangat tidak tahan... tolong lah aku.. tidak tahan tengok buku-buku... owh.. kalau tinggalkan aku kedai buku 2-3 jam pun takpe. hidup la aku kat situ tak bergerak ke mana dah.. adakah ini penyakit. aduiii.. ni pun tgh kumpul duit nak g book fair lagi 2 minggu. nak shopping kt sana.. aduii.. takutnya... takut berpenyakit nak beli buku..

tapi aku beli buku dan aku baca. dan cuba untuk amalkan. jangan setakat gila beli buku saja. tapi bacanya tidak. insyaAllah, semua dah terbaca walau ada yang tak habis lagi baca, dah jumpa buku baru yang best, terus beli. aku, tak beli kasut baru, tak beli beg baru, tak beli baju baru, tak beli mekap baru (errr.. aku mekap ke? hohoho..) pun tak pe, asalkan jangan halangi daku untuk membaca buku, untuk membeli buku... hohoho.. sebab tu aku jadi guru PSS sebab aku leh baca buku banyak-banyak, leh pilih buku apa nak di beli.. hehehe...

tunggu kl! aku datang lagi 2 minggu!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambutan Maulidur Rasul 2010

Hari ni sekolahku mengadakan Sambutan Perarakan Maulidur Rasul. Tahun lepas tak buat. Tapi Alhamdulillah, syukur tahun ni dapat sama-sama jayakan sambutan ini. Pagi-pagi lagi, lepas ambil kedatangan, terus pecut ke Masjid untuk settlekan kerja-kerja bahagian peralatan dan kebersihan. Ketua tak datang lagi. Tapi Cg. Chom dah pesan untuk ambil meja dan kerusi untuk disusun. Waahhh.. berpeluh jugak la angkut kerusi meja, lap-lap buang habuk segala.


Dalam pada menyusun kerusi meja tu, tiba-tiba terdengar perarakan berselawat. Alamak! Meja kerusi tak sudah lagi. Sekali perarakan tu lalu, tengok-tengok, budak kecik?? Eh, heran sungguh. Ada ke pelajar sekolah aku kecik-kecik, kenit-kenit camtu? Owhh.. rupanya perarakan tu adalah dari sekolah rendah. Hemmm.. patut la awal sangat sampainya. Ingatkan laju sangat jalannya.

Ok, siap bukak meja, susun-susun kerusi meja untuk guru, meja buffet semua, perarakan dari sekolah ku sampai.. Alhamdulillah, tepat pada masanya. Tapi air tak sampai-sampai lagi. Sebab lupa nak buat air. Pakat kalut nak masak semua. Owh.. ceramah dah nak bermula. Jom masuk ke masjid.

Dengar ceramah mengenai Maulud Nabi. Cerita sirah Nabi diselangselikan dengan lawak dan gambar-gambar. Sebabnya nak tarik pelajar-pelajar ni dengar ceramah dari Ustaz Ab. Halim. Ada sekali tu, ustaz tu tanya pasal solat. Mintak semua pelajar tutup mata dan tundukkan kepala ke bawah. Jangan tengok orang lain. Ustaz tu tanya, siapa yang solat 5 waktu sehari semalam. Daripada beratus-ratus pelajar sekolah tu, ada la 5-6 orang yang lengkap solat 5 waktu. Masya-Allah.. Tak takut ke dengan azab Allah? Azab yang maha pedih siksaannya. Banyak sangat ke solat 5 waktu berbanding 50 waktu yang mula-mula diminta kepada Rasulullah untuk umatnya? Yang anak ustaz pun lengkap 3 je dari 5. Macam mana. Tu yang dikatakan, iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa.

Patut la dalam kelas payah je nak terima ilmu, sebab wadah ilmu tu dah penuh dengan kegelapan. Macam mana ilmu nak masuk. Teringat aku kat satu kisah mengenai seorang yang menuntut ilmu. Seorang ramaja ni menghafal alquran dan hadis. Pada suatu hari, ayat-ayat hafalannya susah sangat untuk diingat. Dia cuba bertanya ibunya adakah makanan yang disediakan untuknya benar-benar halal? Ibunya teringat sebiji telur itik yang bertelur di dalam pagar rumahnnya. Dan ibu itu tidak meminta izin dari tuannya. Kerana itu, tahulah remaja itu, yang menghalang ilmu sampai ke hati adalah dosa memakan makanan yang tidak diketahui puncanya. Cuba bayangkan, cara remaja itu cuba menjaga ilmunya. Kita apatah lagi. Anak-anakku, cubalah lengkapkan solatmu. Kerana solatlah yang membezakan antara Islam dan kafir.

Abah selalu berpesan, tak solat bermakna kafir lah kita. Itu yang membuatkan aku takut sangat. Takut jadi kafir, dan tak payah dihisab, terus dicampak ke neraka jahim! Masih ku ingat, ketika aku di sekolah rendah, tiap-tiap malam kena mengadap abah. Tangan ditadahkan, dan diminta pilih mau rotan yang besar atau rotan yang kecil. Kemudian, sesi soaljawab. Pagi tadi semayang subuh ke tak? Kalau tak, piappp, rotan hinggap di tapak tangan. Tengahari tadi, semayang zohor ke tak? Sampai la semayang Isya’. Mula-mula rasa macam terpaksa. Tapi lama-lama dah boleh memahami solat tu adalah kewajipan yang wajib ditunaikan. Alhamdulillah, terima kasih abah!

Dan berakhirlah di sini entry pasal Maulidur Rasul, melalut sampai pasal solat. takpe lah. ini juga ilmu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiada Apa..

Cerita yang sama. cuma berulang dalam keadaan yang berbeza. badan penat sangat. sebab otak dah letih berfikir. keyboard pun dah buat hal. tapi masih lagi berguna dan digunakan. berpagi di sekolah, balik mengemas rumah dan membasuh tudung. bukak lappy, buat keje-keje yang tertangguh. tengok2, keje-keje tu dah banyak disiapkan oleh rakan seperjuangan. Terima kasih kawan. mula-mula rasa tak sedap hati. tp bila difikirkan balik, itu lebih baik untuk aku yang sentiasa kesuntukan masa mengejar untuk balik ke 4 buah rumah. rumah Ma+abah, rumah Ciksu+Ayahsu, rumah mak mertua, rumah ayah mertua.. penat sebab selalu berkejar-kejar ke sana ke sini. kadang2, cuti 1 hari pun balik. tapi takpe la.. aku redha.. itu kan tanggungjawab seorang anak untuk menggembirakan keluarga, terutama pada ibu dan ayah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ma..

Ma, suatu ketika dahulu aku sentiasa mencari alasan untuk menyanggah pendapatmu. Kita tak pernah sehaluan. Kau terlalu keras walau hakikat luarannya kau sangat lembut. Keras dalam mentarbiah anak-anakmu. Dan akulah selalu yang ku anggapkan menjadi ‘mangsa’ sengatan nada bisamu. Sedangkan hakikatnya sekarang telah aku fahami, barulah ku tahu, itulah kasih sayang mu yang sebenar untuk anak sulungmu ini. Dan kini aku menyedari akan apa yang kau luahkan dahulu itu suatu kebenaran yang pasti. Terima kasih Ma membesarkan aku dengan suasana yang sangat membuatkan aku tidak lupa pada siapa tuhan yang ku sembah. Aku yang dulu selalu membawa masalah. Aku yang dulu selalu degil dan keras kepala. Aku yang dulu selalu membangkang kata, tapi tak pernah kau labelkan aku dengan kata-kata yang kesat atau kasar.

Walau kau tidak pernah menyatakan sayang. Nun jauh di sudut hatimu penuh dengan cinta yang dapat aku rasai walau jauh beribu batu darimu.. Di saat aku kelelahan dalam meniti hidup, engkau sentiasa memberi harap. Sentiasa mengingatkan supaya jangan sekali-kali putus dari rahmat Allaj. Dari tali yang mengikat diri agar tidak terjerumus ke Jahanam. Sentiasa mengingatkan aku tentang betapa keras dan pedihnya siksa Jahanam. Dan betapa nikmat anugerah syurga itu sentiasa menjadi dakapan hati setiap insan untuk memasukinya. Itulah ma. Penuh dengan nasihat yang membina, teguran yang tepat ke sasaran. Semoga Allah terus merahmati ma.

Masih lagi ku ingat, ma, juga anak sulung kepada Arwah Chik dan Arwah Mah, dan juga cucu sulung kepada Tok Ayah dan Tok Mek sering menjaga kebajikan mereka. Yang paling aku ingati, semasa Tok Ayah sakit. Ma lah yang membasuh najis Tok Ayah yang lumpuh separuh badan. Yang memandikan, yang menyediakan tempat tidur, yang memasak untuk kami semua selain Ciksu yang balik ketika cuti semester MPTI bermula. Ma juga lah yang bercuti tanpa gaji selama 3 bulan untuk menjaga Tok Mek yang sakit tenat ketika itu, di mana makan minum kami ketika itu, ma lah yang menguruskan. Ramaikah yang sanggup bercuti tanpa gaji demi nenek tercinta? Semoga aku juga mampu untuk berkhidmat sebaik ma. Ya Allah, besarnya jasa ma… Semoga Allah memberimu syurga yang diidam setiap insan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maulidur Rasul

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga.
Hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari yang mulia, hari yang bahagia. Adakah kita ingat hari ini bersempena dengan keputeraan Nabi kita? Cuba fikirkan sejenak apakah yang kita lakukan hari ini? Sekadar mengingati Muhammad, manusia yang membawa rahmat ke seluruh alam?

Tidakkah kita sedar, kasih sayang rasulullah terhadap kita umatnya? Sehingga di ambang kematiaan pun masih tega menyebut-nyebut ‘ummati.. ummati.. ummati..’. Ya Tuhan, kau berilah daku hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan sunnah-sunnah nabi akhir zaman ini. Yang begitu sayangkan umatnya. Sedangkan, umatnya, seperti aku ini tidak lain, hanyalah seperti melukut di tepian gantang. Tegakah kita menyatakan rasa sayang, rasa kasih, rasa cinta kepada Muhammad, tapi dalam masa yang sama, masih jua melakukan perkara larangannya. Tak tertanggung kekesalan hati ini. Hati yang semakin alpa ini perlu dipalu untuk dididik untuk mengerti kasih sayang yang dicurahkan Rasulullah..

Aku, akan sentiasa berusaha mencari seorang murabbi dalam diri. Yang sentiasa ingat tujuan hidup walau diri pernah terpalit dosa yang bukan sedikit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERSEPSI SEORANG AKU

Ujian…
Dugaan…
Membawa manusia ke persimpangan antara hak dan batil. Membawa perit sebuah kehidupan andai tiada arah untuk kemudi di satu perjalanan yang entdah di mana hujungnya. Andai simpang derita yang dipilih, itu adalah hakmu. Namun untuk memilih jalan bahagia yang penuh onak dan ranjau, bukanlah seringan beban yang dilihat. Terkadang, dalam memilih jalan bahagia penuh berliku itu aku sering tersasar kelelahan dengan dugaan ini. Pada yang Rabb aku mohon semoga diperoleh kekuatan para syuhada.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Catatan Perasaan

Ada sekali pelajar aku cakap yang aku ni ganas. sebab --> aku cakap ganas?? hemmm..
Ada jugak pelajar aku cakap yang aku ni kecik dan pedas. alasan --> aku buat budak2 nakal kelas aku tu terdiam dan termalu-malu.. hemmm..

aku tak pernah merasa perkara yang benar perlu diselindungkan. walau aku sendiri pernah berada dalam wadah yang penuh debu. namun, tiada siapa yang cuba berterus terang dengan menasihati. yang ada, hanyalah kutukan-kutukan dari belakang. sebab itulah aku disini. supaya anak-anak destinasi kini cuba membuang perkara yang menjadi habit tidak baik kepada habit yang lebih baik. dan sekarang, masih lagi mencuba. antara perkara-perkara yang aku cuba buat sikit-sikit :-

  • jiwai salam. ia ibarat doa untuk guru dan guru mendoakan kembali selamat itu kepada pelajar
  • tertib dalam berdoa. semasa berdoa dalam kelas. ada yang ambil endah tak endah. masih lagi bising. mengusik kawan. aku cuba untuk menerapkan keberkatan dan doa adalah senjata mukmin. pelajar adalah pejuang di jalan Allah. sesiapa yang berjuang di jalan Allah, Dia yang Maha Penyayang akan mengkabulkan permintaan doa hambaNya yang berdoa penuh pengharapan.
  • sentiasa mengingatkan untuk bersolat walau apa sahaja yang berlaku. melengkapkan solat 5 waktu sekurang-kurangnya. solat sunat sebagai tambahan. ada jugak aku cakap, manusia yang tak solat wajib bagaikan orang kafir. semua pelajar pakat terasa. takut pulak di kata kafir. tapi tak solat, tak rasa apa pun. ya Allah, tunjukkanlah jalan kebenaran kepada kami semua.
  • InsyaAllah, akan cuba untuk mendengar bacaan Al-Fatihah setiap pelajar. untuk membetulkan sebutan bacaan. supaya, tak lari dari maksud sebenar.
  • mengingatkan kepentingan belajar terhadap diri sendiri, agama dan negara.

aku sangat inginkan pelajar aku menjadi seorang manusia yang sekurang-kurangnya belajar untuk berfikir tentang diri sendiri. apa yang dilihat, kebanyakan pelajar adalah ikut-ikutan kepada pelajar lain. dan pelajar yang diikut itu, tidak pernah selayaknya menjadi pemimpin yang boleh diharap. aduh.. parah benar anak-anak ini. tapi, masa untuk mereka masih lagi ada. siapalah kita yang mahu menghukum. aku sendiri pernah terjatuh di lubang yang dalam. dan terima kasih kepada Ilahi, menahan aku untuk terus terjerumus ke lubang pusar yang tidak bisa lagi ditolong.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tahun ini, rasa agak rileks.. portfolio byk tapi kerja tak ada. ada beberapa benda nak aku bincangkan dengan PK Ko-Ko. tapi terpaksa ditangguhkan dahulu atas beberapa sebab.

ok, agenda seterusnya untuk tahun ini adalah nak beli buku yang kemudian akan di claim guna duit panitia... ohh.. tiba-tiba perkara yang aku ingat nak buat rileks terpaksa menjadi sungguh-sungguh... ohh.. kenapa la GK aku tu perempuan? ohhh.. kenapalah sangat cerewet. ohh.. aku terpaksa dan memaksa diri aku jugak cerewet. jangan mengeluh. itu bukan sifat mukmin sejati... ok, tarik nafassss... lepas... tarik nafasssssss... lepas....

dah lega. ah, baru teringat. petang ni kene stay back. ni semua sebab nak wat untuk kelas petang ni. takpe la.. tapi aku memang berkali-kali dan berkali-kali aku pesan, kita wat kelas chantek-chantek ni bukan sebab kita nak menang, tapi sebab kita nak tenang belajar. kalau harap nak menang, tiba-tiba nama kelas tak naik, kita pulak rasa sedih dan frust sbb tak dapat kelas tercantik. niat tu kene perbetulkan. aku tgk anak-anak aku tu boleh faham.. cuma yang anak2 lelaki itu lah yang terlebih bising... padahal yang rajinnya pelajar perempuan.. yang lelaki aku pesan jugak. kalau budak2 lain provok, sabar sajalah, jangan marah-marah. sbb dalam islam, lelaki atau manusia yang gagah adalah manusia yang sanggup menahan rasa marahnya dengan bersabar.. entah laa.. semalam, dengar la cakap sikit. hari ni entah la.

yang membuat aku bangga, kebanyakan pelajar kelas aku tahun ni 'agak ok'. aku tak nak ckp lagi 'ok' sebab tahun lepas, aku ingat derang ok, tp sebenarnya 'tak berapa ok'.. takpe, tu aku jadikan pengalaman. semalam, masa masuk kelas, aku agak terpegun dengan replika rumah kayu tradisional. mula-mula aku ingat derang beli. tanya berapa ringgit, depa kat ada orang nak beli rm 200. rupanya yang tukang buat dengan tukang sponsor untuk kelas tu adalah si syahmi tu. alhamdulillah. nazrin pulak, walaupun bising-bising pun, nak jugak dia 'paksa' ayah dia sponsor setin cat. ok la tu. yang nabila, raga rotan surat khabar. yang pelajar2 lain, alhamdulillah, rajin. terutamanya sheerem, suhailey dan atul. harap-harap masa belajar pun sama rajin jugak.

wahhh.. rasa cam nak balik awal la, nak pegi beli nasik kerabu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Realiti VS Fantasi

kadang-kadang aku terasa seperti berada di dimensi antara realiti dan fantasi. sehingga kadang-kadang aku lupa yang aku mmg berada di dunia realiti. apakah yang membelit pemikiran aku kali ni? ahh.. manusia memang mudah lupa diri. tapi kepatuhan dan ketakutan itu yang membuatkan aku kadang tersentak dari fantasi fatamorgana... aduh, dimanakah aku?! tidak sedar dek peringatan dan ujian yang diberi pada ku? jangan aku dikaburkan dengan fantasi yang amat sukar direalitikan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gerhana Matahari?

salam...

Hari ni, Jumaat yang mulia. Dikejutkan dengan berita gerhana matahari. Suatu ketika dahulu, sewaktu gerhana matahari mahupun gerhana bulan, umat Islam berbondong-bondong ke masjid dengan perasaan yang cukup gelisah. Manakan tidak, entah-entah dengan gerhana ini Allah mahu menurunkan bala? Tapi aku bukan menyatakan bahawa gerhana tu ada kaitan langsung dengan setiap bala yang Allah turunkan. Tidak. Gerhana bukan penyebab perkara buruk, tetapi Allah jua yang menjadikan hari itu sebagaimana kehendakNya.

Apa yang difikirkan disini adalah keadaan pada hari ini. Kita seakan-akan leka, seakan-akan alpa dengan kehadiran gerhana tu sendiri. Zaman Rasulullah, masjid penuh dengan orang-orang yang ingin bersembahyang sunat gerhana dan bacaan al-Baqarah berkumandang di mana-mana. Rumah-rumah pula hidup dengan solat sunat gerhana. Tapi, lihatlah sekarang.. Generasi anak-anakku sangat tidak peduli dengan sunah ini. Sama ada melihat dengan penuh takjub (sudah pasti hanya melihat tanpa menghayati dengan hati!) atau buat saja tak peduli atau tak tahu!

Aku Yang Membebel..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS