tiba di negeri Serendah Sekebun Bunga.. lega rasanya. lama betul tak balik.. akhirnya lepas berjaya dipujuk dengan kalendar, last2 dapat balik jugak. banyak yang berubah. tapi balik memang terasa nak makan itu dan ini. memang kaya dengan makanan di bumi serambi mekah ni..
malam ni ada yang nak belanja nasi kukus. sedapnyaa... kejap lagi adik pegi beli. sekarang bersiap untuk pergi ke pasar malam yang best. tapi aku tak bleh bawak duit. bawak sepuluh riyal dah cukup..
Masa
rasa sedikit upset mengenai kerja-kerja yang dibuat. dibayangi oleh banyak perkara. aduh.. masa yang banyak terbuang tidak dimanfaatkan...
sekarang ni banyak benda yang melintas di fikiran. kenapa, mengapa.. harap aku dapat selesaikan kekusutan fikiran aku ni. takut2 dijolok setan2 durjana.. lindungilah aku.. padahal baru je berfikir-fikir nak buat baik. tapi niat baik tu terbantut pulak. macam mana eh?
tadi ikut kak nora ke majlis jemaah masturat.. aku tengok, jemaahnya semua baik-baik. mungkin tarbiah keluar ke jalan dakwah dah nampak hasil. tapi aku bila la nak pergi. yang tadi, jemaah dari johor tu keluar 40 hari. alhamdulillah.. aku? kena tunggu my roomate laa.. ada jugak ajak dia, tapi katanya sibuk. tapi aku takkan jemu-jemu ajak dia nanti.. tak nak sia-siakan masa muda nak masuk tua ni ke jalan yang sia-sia. kurang-kurang ada la jugak bekalan pengetahuan untuk kami tempuhi hidup di bumi pinjaman ni. biar jadi sedar diri sikit. menumpang di sini untuk menitip bekalan ke sana.
Anis Wi'am ~ 2325
hari ni banyak sangat benda terkejut dalam hidup aku. malam tadi, aku bermimpi.. membuatkan aku tersedar mengenai sikapku selama ini. tidak mengendahkan apa sahaja tentang diriku. sedangkan aku juga perlu jaga diri sendiri. insyaAllah, aku bertekad akan mengubahnya selagi terdaya.
Ayahanda & Bonda
Kasihmu bonda, membawa ke Syurga. Kasihnya ayahanda sepanjang masa.
Ayahanda, maafkan aku kerana sudah lama tidak bersuara. Walau kita tidak rapat sekalipun, tapi aku sepatutnya sebagai seorang anak wajib mengambil berat dan memberi khidmat kepada orang tuanya. Abah, mintak maaf tak dapat balik masa abah masuk hospital untuk buang katarak. Mintak maaf sangat-sangat. Abah tak kisah dan hanya bising-bising. Tapi aku rasa sangat bersalah. Bersalah kerana kurang cakna dengan family di sana. I take for granted. Inilah yang aku dapat. Kesian abah, kesian ma.
Ma, nak mintak maaf jugak. Banyak sangat dosa pada ma. Harap ma sudi ampunkan. Ma, masa ma jatuh kat hospital hari tu, a nak belikan kasut untuk ma. Tapi tu la, tak beli-beli lagi. Kesian kaki tua ma yang dah mula berkedut. Urat-urat mula bersimpul. Ma, a sayang ma. Ma jatuh hari tu pun, ma tak bagitau sesiapa. Sedih sangat bila dapat tahu ma sakit kaki tergeliat masa bawak abah ke hospital untuk bedah mata. Rasa macam anak yang tak boleh nak berkhidmat untuk mak ayah.
Ya Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Kau kasihanilah kedua ibubapaku..
P/s : sedihku masih lagi berbaki…
Berita Baru
Hari ni, lewat petang I received call from my roomate. Ingatkan apa la tadi. Rupanya nak kongsi berita gembira dengan aku. Dia dapat tawaran kerja baru sebagai pegawai kerajaan. Hemm.. Aku tiba-tiba rasa sedih. Tak tahu kenapa. Sebab selama ni, aku rasa susah tapi aku tak kisah. Sebab aku menganggap ia adalah ujian dan kifarah dosa untuk aku. Tapi bila aku mendengar perkhabaran tu, tiba-tiba aku rasa sayu. Aku takut, bila Allah bagi kesenangan pada aku dan membuatkan aku lupa padaNya. Ujian kesenangan lebih hebat dari ujian kesusahan. Kesusahan membuatkan kami berdua tabah bersama. Dan bidang kerja my roomate ni pulak banyak yang aku dengar banyak cabarannya. Aku takut. Takut diuji dengan bebanan yang kami berdua tak mampu menanggungnya.
Aku bukan kufur nikmat. Aku bersyukur pada rahmat dan kasih sayangNya kepada kami. Tapi aku sebagai manusia biasa takut tersadung kaki di tengah perjalanan menuju matlamat. Semua orang bergembira. Aku pun mahu meraikan hari ini. Tapi hatiku rasa gundah dan sedih. Sebab ini bermakna, pengajian sarjananya mesti ditangguhkan dahulu. Aku suka bidang kerja dia sekarang ni. Tapi jika inilah jalan yang terbaik, Kau pandulah kami agar tidak tergelincir dari landasan jalan yang lurus. Amin…
Rasaku, selepas ini ada dugaan yang lebih hebat kepada kami berdua. Dugaan terhadap kerja baru. Semoga Allah memberikan jalan keluar untuk setiap permasalahan ini..
Hidup mesti diteruskan!
Shopping therapy
baru balik shopping barang dapur sikit. tadi ada singgah kedai buku sebelum pegi beli barang tu. owhh... aku rambang mata lagi.. dan jugak beli 2 buku.. sangat tidak tahan... tolong lah aku.. tidak tahan tengok buku-buku... owh.. kalau tinggalkan aku kedai buku 2-3 jam pun takpe. hidup la aku kat situ tak bergerak ke mana dah.. adakah ini penyakit. aduiii.. ni pun tgh kumpul duit nak g book fair lagi 2 minggu. nak shopping kt sana.. aduii.. takutnya... takut berpenyakit nak beli buku..
tapi aku beli buku dan aku baca. dan cuba untuk amalkan. jangan setakat gila beli buku saja. tapi bacanya tidak. insyaAllah, semua dah terbaca walau ada yang tak habis lagi baca, dah jumpa buku baru yang best, terus beli. aku, tak beli kasut baru, tak beli beg baru, tak beli baju baru, tak beli mekap baru (errr.. aku mekap ke? hohoho..) pun tak pe, asalkan jangan halangi daku untuk membaca buku, untuk membeli buku... hohoho.. sebab tu aku jadi guru PSS sebab aku leh baca buku banyak-banyak, leh pilih buku apa nak di beli.. hehehe...
tunggu kl! aku datang lagi 2 minggu!
Sambutan Maulidur Rasul 2010
Hari ni sekolahku mengadakan Sambutan Perarakan Maulidur Rasul. Tahun lepas tak buat. Tapi Alhamdulillah, syukur tahun ni dapat sama-sama jayakan sambutan ini. Pagi-pagi lagi, lepas ambil kedatangan, terus pecut ke Masjid untuk settlekan kerja-kerja bahagian peralatan dan kebersihan. Ketua tak datang lagi. Tapi Cg. Chom dah pesan untuk ambil meja dan kerusi untuk disusun. Waahhh.. berpeluh jugak la angkut kerusi meja, lap-lap buang habuk segala.
Dalam pada menyusun kerusi meja tu, tiba-tiba terdengar perarakan berselawat. Alamak! Meja kerusi tak sudah lagi. Sekali perarakan tu lalu, tengok-tengok, budak kecik?? Eh, heran sungguh. Ada ke pelajar sekolah aku kecik-kecik, kenit-kenit camtu? Owhh.. rupanya perarakan tu adalah dari sekolah rendah. Hemmm.. patut la awal sangat sampainya. Ingatkan laju sangat jalannya.
Ok, siap bukak meja, susun-susun kerusi meja untuk guru, meja buffet semua, perarakan dari sekolah ku sampai.. Alhamdulillah, tepat pada masanya. Tapi air tak sampai-sampai lagi. Sebab lupa nak buat air. Pakat kalut nak masak semua. Owh.. ceramah dah nak bermula. Jom masuk ke masjid.
Dengar ceramah mengenai Maulud Nabi. Cerita sirah Nabi diselangselikan dengan lawak dan gambar-gambar. Sebabnya nak tarik pelajar-pelajar ni dengar ceramah dari Ustaz Ab. Halim. Ada sekali tu, ustaz tu tanya pasal solat. Mintak semua pelajar tutup mata dan tundukkan kepala ke bawah. Jangan tengok orang lain. Ustaz tu tanya, siapa yang solat 5 waktu sehari semalam. Daripada beratus-ratus pelajar sekolah tu, ada la 5-6 orang yang lengkap solat 5 waktu. Masya-Allah.. Tak takut ke dengan azab Allah? Azab yang maha pedih siksaannya. Banyak sangat ke solat 5 waktu berbanding 50 waktu yang mula-mula diminta kepada Rasulullah untuk umatnya? Yang anak ustaz pun lengkap 3 je dari 5. Macam mana. Tu yang dikatakan, iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa.
Patut la dalam kelas payah je nak terima ilmu, sebab wadah ilmu tu dah penuh dengan kegelapan. Macam mana ilmu nak masuk. Teringat aku kat satu kisah mengenai seorang yang menuntut ilmu. Seorang ramaja ni menghafal alquran dan hadis. Pada suatu hari, ayat-ayat hafalannya susah sangat untuk diingat. Dia cuba bertanya ibunya adakah makanan yang disediakan untuknya benar-benar halal? Ibunya teringat sebiji telur itik yang bertelur di dalam pagar rumahnnya. Dan ibu itu tidak meminta izin dari tuannya. Kerana itu, tahulah remaja itu, yang menghalang ilmu sampai ke hati adalah dosa memakan makanan yang tidak diketahui puncanya. Cuba bayangkan, cara remaja itu cuba menjaga ilmunya. Kita apatah lagi. Anak-anakku, cubalah lengkapkan solatmu. Kerana solatlah yang membezakan antara Islam dan kafir.
Abah selalu berpesan, tak solat bermakna kafir lah kita. Itu yang membuatkan aku takut sangat. Takut jadi kafir, dan tak payah dihisab, terus dicampak ke neraka jahim! Masih ku ingat, ketika aku di sekolah rendah, tiap-tiap malam kena mengadap abah. Tangan ditadahkan, dan diminta pilih mau rotan yang besar atau rotan yang kecil. Kemudian, sesi soaljawab. Pagi tadi semayang subuh ke tak? Kalau tak, piappp, rotan hinggap di tapak tangan. Tengahari tadi, semayang zohor ke tak? Sampai la semayang Isya’. Mula-mula rasa macam terpaksa. Tapi lama-lama dah boleh memahami solat tu adalah kewajipan yang wajib ditunaikan. Alhamdulillah, terima kasih abah!
Dan berakhirlah di sini entry pasal Maulidur Rasul, melalut sampai pasal solat. takpe lah. ini juga ilmu..
Tiada Apa..
Cerita yang sama. cuma berulang dalam keadaan yang berbeza. badan penat sangat. sebab otak dah letih berfikir. keyboard pun dah buat hal. tapi masih lagi berguna dan digunakan. berpagi di sekolah, balik mengemas rumah dan membasuh tudung. bukak lappy, buat keje-keje yang tertangguh. tengok2, keje-keje tu dah banyak disiapkan oleh rakan seperjuangan. Terima kasih kawan. mula-mula rasa tak sedap hati. tp bila difikirkan balik, itu lebih baik untuk aku yang sentiasa kesuntukan masa mengejar untuk balik ke 4 buah rumah. rumah Ma+abah, rumah Ciksu+Ayahsu, rumah mak mertua, rumah ayah mertua.. penat sebab selalu berkejar-kejar ke sana ke sini. kadang2, cuti 1 hari pun balik. tapi takpe la.. aku redha.. itu kan tanggungjawab seorang anak untuk menggembirakan keluarga, terutama pada ibu dan ayah.
Ma..
Ma, suatu ketika dahulu aku sentiasa mencari alasan untuk menyanggah pendapatmu. Kita tak pernah sehaluan. Kau terlalu keras walau hakikat luarannya kau sangat lembut. Keras dalam mentarbiah anak-anakmu. Dan akulah selalu yang ku anggapkan menjadi ‘mangsa’ sengatan nada bisamu. Sedangkan hakikatnya sekarang telah aku fahami, barulah ku tahu, itulah kasih sayang mu yang sebenar untuk anak sulungmu ini. Dan kini aku menyedari akan apa yang kau luahkan dahulu itu suatu kebenaran yang pasti. Terima kasih Ma membesarkan aku dengan suasana yang sangat membuatkan aku tidak lupa pada siapa tuhan yang ku sembah. Aku yang dulu selalu membawa masalah. Aku yang dulu selalu degil dan keras kepala. Aku yang dulu selalu membangkang kata, tapi tak pernah kau labelkan aku dengan kata-kata yang kesat atau kasar.
Walau kau tidak pernah menyatakan sayang. Nun jauh di sudut hatimu penuh dengan cinta yang dapat aku rasai walau jauh beribu batu darimu.. Di saat aku kelelahan dalam meniti hidup, engkau sentiasa memberi harap. Sentiasa mengingatkan supaya jangan sekali-kali putus dari rahmat Allaj. Dari tali yang mengikat diri agar tidak terjerumus ke Jahanam. Sentiasa mengingatkan aku tentang betapa keras dan pedihnya siksa Jahanam. Dan betapa nikmat anugerah syurga itu sentiasa menjadi dakapan hati setiap insan untuk memasukinya. Itulah ma. Penuh dengan nasihat yang membina, teguran yang tepat ke sasaran. Semoga Allah terus merahmati ma.
Masih lagi ku ingat, ma, juga anak sulung kepada Arwah Chik dan Arwah Mah, dan juga cucu sulung kepada Tok Ayah dan Tok Mek sering menjaga kebajikan mereka. Yang paling aku ingati, semasa Tok Ayah sakit. Ma lah yang membasuh najis Tok Ayah yang lumpuh separuh badan. Yang memandikan, yang menyediakan tempat tidur, yang memasak untuk kami semua selain Ciksu yang balik ketika cuti semester MPTI bermula. Ma juga lah yang bercuti tanpa gaji selama 3 bulan untuk menjaga Tok Mek yang sakit tenat ketika itu, di mana makan minum kami ketika itu, ma lah yang menguruskan. Ramaikah yang sanggup bercuti tanpa gaji demi nenek tercinta? Semoga aku juga mampu untuk berkhidmat sebaik ma. Ya Allah, besarnya jasa ma… Semoga Allah memberimu syurga yang diidam setiap insan.
Maulidur Rasul
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga.
Hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari yang mulia, hari yang bahagia. Adakah kita ingat hari ini bersempena dengan keputeraan Nabi kita? Cuba fikirkan sejenak apakah yang kita lakukan hari ini? Sekadar mengingati Muhammad, manusia yang membawa rahmat ke seluruh alam?
Tidakkah kita sedar, kasih sayang rasulullah terhadap kita umatnya? Sehingga di ambang kematiaan pun masih tega menyebut-nyebut ‘ummati.. ummati.. ummati..’. Ya Tuhan, kau berilah daku hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan sunnah-sunnah nabi akhir zaman ini. Yang begitu sayangkan umatnya. Sedangkan, umatnya, seperti aku ini tidak lain, hanyalah seperti melukut di tepian gantang. Tegakah kita menyatakan rasa sayang, rasa kasih, rasa cinta kepada Muhammad, tapi dalam masa yang sama, masih jua melakukan perkara larangannya. Tak tertanggung kekesalan hati ini. Hati yang semakin alpa ini perlu dipalu untuk dididik untuk mengerti kasih sayang yang dicurahkan Rasulullah..
Aku, akan sentiasa berusaha mencari seorang murabbi dalam diri. Yang sentiasa ingat tujuan hidup walau diri pernah terpalit dosa yang bukan sedikit.
PERSEPSI SEORANG AKU
Ujian…
Dugaan…
Membawa manusia ke persimpangan antara hak dan batil. Membawa perit sebuah kehidupan andai tiada arah untuk kemudi di satu perjalanan yang entdah di mana hujungnya. Andai simpang derita yang dipilih, itu adalah hakmu. Namun untuk memilih jalan bahagia yang penuh onak dan ranjau, bukanlah seringan beban yang dilihat. Terkadang, dalam memilih jalan bahagia penuh berliku itu aku sering tersasar kelelahan dengan dugaan ini. Pada yang Rabb aku mohon semoga diperoleh kekuatan para syuhada.






