Minggu-minggu selepas peperiksaan ni agak memualkan.. Dengan kerenah pelajar yang sudah tidak mahu belajar. Katanya, mid term exam dah ditempuh. Sekarang masa untuk rileks-rileks.. aduh anakku... Berapa lama lagi kamu mahu bermalas-malasan, berileks-rileks begini. Sedangkan hakikat bangsa lain sudah lama maju kedepan kerana tiada sikap seperti ini. Sikap suka bermalas-malasan patutnya sudah jauh dari hidup kita. Kerana apa? Kerana kita umat Muhammad. Tidak banggakah kalian untuk menjadi umat baginda? Tidak menjadi impian kaliankah untuk mendapat syafaat dari baginda?? Oh.. Oh.. Jangan begitu.. Kita masih punya waktu untuk membaiki diri. Untuk megah mengaku kita adalah umat baginda. Bangkitlah anakku! Minggu selepas peperiksaan, sekolah ini dikejutkan dengan kejadian cubaan membunuh diri. Siapa agaknya? Kenapa begitu tega cuba membunuh diri yang Allah kurniakan padaNya. Tidak takutkah dengan kerasnya siksaan dari An-Naar itu?? Sungguh! aku tak pernah menjangka anak didikku ini sanggup melakukan perbuatan tersebut. Ironinya, pelakunya adalah pelajar lelaki... Mungkin awalnya ramai yang menebak perkara sebingung itu dilakukan pelajar perempuan. Tapi di sini dapat dilihat pelajar lelaki yang rapuh dengan cubaan kecil. Ah! bagiku, itu sedikit pun tidak dapat dikata dengan cubaan kecil. itu hanya masalah biasa saja! Putus cinta? Cinta tidak berbalas? Hanya berkenalan tak sampai setengah tahun sudah mahu menunjukkan cinta setinggi itu.. Alangkah bodohnya alasan setolol itu untuk dijadikan sebab untuk mengakhiri riwayat diri... Sungguh tidak perlu! Nasib mungkin menakutkan sekiranya tiada guru yang lalu di laluan itu. Dia hanya bernasib baik kerana guru tersebut keluar tepat pada masanya. Andai kata tiada sesiapa yang melalui laluan sunyi itu, mungkin kamu benar-benar tiada di dunia ini! Ah, takut aku memikirkannya. Aku, masih di sini membuat kajian-kajian sendiri melalui pengalaman yang dilalui cara untuk menyentuh hati-hati anak didikku supaya tunduk dan patuh padaNya.. Walau aku bukan orang yang alim mengenainya, tapi aku tetap Muslim yang berpegang pada ajaran Islam. Muslim yang aku mahu, muslim pilihan. Bukan muslim ikutan. Tetapkan hati aku ya Allah dalam menghadapi mehnah hidup ini...
Anakku Cuba Jadi Pembunuh?
Bas itu...
Tadi, ada terbuka mengenai video ceramah dari ustaz mana aku lupa. Dia menganalogikan perjalanan kita ke 'sana' nanti bagaikan menaiki sebuah bas.. Sebuah bas yang sangatttt besar sehingga kita tak perasan pun yang kita sedang menaiki sebuah bas untuk ke destinasi seterusnya.. Ada yang terus singgah di hentian, terpesona dengan hiasan sementara.. Tapi bas tersebut tetap terus dengan tujuan asalnya. Matlamat asalnya untuk membawa penumpang-penumpang ini menghadap Tuhan sekalian Alam.. Kadang-kadang bas tergempa dengan lopak-lopak yang dalam.. kadang-kadang selekoh yang tajam yang menyebabkan kita di dalam bas bagai tersentak yang kita masih berada di dalam bas.. itu peringatan untuk menyedarkan kita jangan alpa dengan perjalanan yang panjang yang mungkin menipu... aku tak suka menulis sebab aku sukar untuk menyatakan apa yang mahu aku sampaikan. kadang-kadang terlalu banyak idea aku mahu nyatakan, akhirnya hanya 2-3 sahaja yang sempat aku bicarakan.. Sungguh menyedihkan.. Sungguh aku teringin menjadi penulis, memberi dan membicarakan buah fikirku... Ini pun sedikit sebanyak aku dah mula rasa bosan.. Bosan menulis.. Arghh!! Macam mana la aku nak jadi penulis. Tapi, tak kisah la.. Aku menulis untuk luahan hati sendiri.. Hanya untuk bacaan sendiri dan orang-orang tertentu..
Palestin...
Hari ni, setepatnya pagi ini bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang berkonvoi.. Maghrib tadi, dengar berita tentang konvoi yang serang Israel yang menyebabkan kematian dan juga cedera kepada 19 ahli konvoi.. Hatiku sedih. Aku tidak ke sana untuk berjihad untuk muslim seagama denganku. Tapi aku di Malaysia hanya menyaksikan kematian demi kematian untuk memberi bantuan kepada umat Islam di sana.. Tak tahulah kenapa! Aku benci perkara ini berlaku. Bilamana aku berada di negara yang tenang luarannya walau dari dalamnya busuk dan kohong! Banyak perkara yang melintas difikiranku masa ini. Pelbagai perkara yang menyakitkan aku ambil tahu akhir-akhir ini. Sungguh takut sekali dengan keadaan sekarang ni. Kita di Malaysia masih lagi terkinja-kinja ke sana ke mari.. Memikirkan hal-hal dunia.. Sesungguhnya hari ini hedonisme ada di mana-mana. Gilakan pangkat, gilakan keseronokan, gilakan kemewahan, gilakan kuasa... Arrggghh!! sungguh ku tak mahu berada di antaranya.. Biarkan aku sendiri, jangan nanti aku teralpa dengan sirna mentari yang kabut ini. Marilah sama-sama kita buat qunut Nazilah supaya saudara-saudara kita yang menyertai misi ke Gaza selamat dan berjaya mencapai matlamat.. Hanya doa dari kejauhan yang dapat dilakukan.. semoga semuanya selamat.. Amin...





