Rasanya isu ni tak sepanas isu Bersih, Ambiga, Azmin, hatta lembu2 fidlot sekali pun. Tapi semalam aku ada terdengar mengenai topik pembantu rumah yang mengambil alih tugas parent untuk bersama anak. Aku rasa agak menarik untuk aku ulas. Walaupun kadang2 bahasa aku ni berterabur, tapi masih berusaha untuk menerangkan benda ni.
Seperti yang aku dengar semalam dan apa yang berlaku dalam hidup sehari2 ni, aku terpanggil untuk memberi sikit sebanyak pandangan.
Ok poin yang pertama adalah, anak yabg diasuh dab yang dijaga oleh pembantu rumah biasanya agak degil, tidak mendengar kata, tak rapat dengan parent, selalu bermasalah dan lain2 yang negatif. Sebenarnya tugas seorang pembantu rumah tidaklah sama dengan fungsi seorang pendidik. Jiwa seorang ibu serta kasih sayang yang diberi oleh pembantu takkan sama dengan ibu sendiri. Itu yang menyebabkan bonding antara mak dan anak kurang walau hakikatnya mak itulah yang melahirkan. Ini kerana anak itu tidak mendapat sentuhan langsung dari mak ayah sendiri. Oh kesian anak tu. Itu yang kita lihat sekarang perangai anak2 masa kini tak sama dengan anak2 zaman kita dulu. Memang sangat lain. Kalau di barat memang ada baby sitter yang ada ilmu tentang keibubapaan. Bukan seperti pembantu rumah yang menjaga anak kita.
Fikirkanlah kalau anak yang tidak dijaga sendiri oleh ibu bapa yang akhirnya tega untuk menghantar ibu ayah sendiri di rumah penjagaan orang tua...
Pembantu Rumah Ambil Alih
Sepagi di sekolah
Hari ni hari kedua gotong royong khidmat masyarakat pengawas pss di pusat sumber. Kehadiran amat mengecewakan. Pustakawan yang tak hadir akan dikenakan tindakan. Kemudian mengenai buku Nilam pustakawan jugak sangat2 mengecewakan. Harapkan pustakawan memberikan contoh terbaik, tapi buku nilam sendiri pun tak hantar. Issh.. Rasa macam nak naik hantu pun ada ni. Geramnya la... Bukak sekolah ni kena bincang balik dengan guru nilam dan guru bahasa setiap kelas. Bagi senarai nama pelajar yang tak ada buku nilam.
Ingat2 balik, terasa sangat keje menimbun. Apa nak buat ni... Stress sungguh rasanya. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas.... Fuhhhhh... Fuhhhh....
Jumaat Nan Indah
Hari ini best betul. Dapat duit yang claim hari tu. Walaupun sikit, tapi takpe, itu tetap duit jugak. Alhamdulillah, aku sedekah sikit, tapi dapat banyak... Syukur ya Allah...
Tadi ada jamuan sempena perpisahan gurubpraktikal dan kak Fadhilah Yusuf. Sedih rasanya atas perpisahan ini. Kak nofy dapat sekolah baru yang bukak dekat Presint 5 ni. Best betul rasanya. Tapi kak fad cerita kat sekolah putrayaya ni masuk 7.30, balik pulak 4 petang. Kebanyakan Sabtu minggu ke2 dan ke4 pulak ada aktiviti. Kelas tambahan ada malam.
Tiba2 pulak aku terfikir macam mana nak balik kampung kalau macam tu. Adoyaiii.. Dalam dilema betul. Tapi kat tempat baru mesti la best. Prasarana lengkap dan canggih. Maklum la sekolah baru di Putrajaya pulak tu.
Tadi jugak dengar cerita kak Liza, kak Suriani, Syahida & Shahrul akan buat Umrah cuti ni. Bestnya dapat jejakkan kaki ke kota Suci Mekah. Aku teringin sangat ke sana. Untuk merasakan sendiri kehebatannya. Hati memanggil2 diri ini ke sana. Tapi kekangan masih banyak menunggu. InsyaAllah, aku akan ke sana suatu hari nanti. Semoga Allah permudahkan segalanya untukku..
Ahad Yang Pendek
Hari ni dh hari ahad? Wahhh... Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar hari Ahad dah nak meninggalkan kita. Raaa macam tak sempat nak buat apa pun. Tengok2 esok dah kerja. Ini namanya menghabiskan masa entah mana2. Semalam kenduri rumah cikgu Rejiha pun tak pergi. Terlupa. Lagi pulak encik Kaba ada game bowling jat Alamanda. Ikutkan aje la. Lagipun dia ajak pegi tengok wayang sekali. Dia nak belanja. Aku ikutkan aje.
Pagi semalam pun takbpuas hati dengan dia. Pasal apa lagi kalau bukan sebab masa. Lembap betul. Memang saja la cari pasal dengan aku. Geram betul. Kita dh lewat dia pulak boleh lambat2. Sakitnya hati aku. Isshhh.. Nak buat macam mana, dah jadi tabiat. Hmmm.. Sabar je tau.. Ni budak kaki game tengah main perang2. Saba lagi. Dengar bang pun bukan nak pegi surau... Ishh.. Sabar2..
Tapikan, sekarang ni cepat betul rasa letihnya. Buat apa pun rasa tak semangat aje. Agaknya sebab berita tak best yang aku dapat tau hari jumaat tu kot. Nampak gayanya aku nak kena tanya pendapat x-GPM dengan pk cg Amin dulu nampak gayanya ni.. Adoii la.. Terbawak2 sampai ke rumah. Minggu ni minggu last sebelum cuti. Ayookk kertas tak habis tanda lagi. Web sekolah tak bersentuh pun lagi..
Membowling di Alamanda
Tunggu kaba main bowling dengan kawan2 dia. Agak bosan. Tapi aku ikutkan aje. Diorang ajak aku main bowling. Tapi hati ni malas aje. Hati yang tenang tiba2 berkocak hebat. Kalau difikirkan memang rasa penat. Tapi aku cuba mengikhlaskan hati mengharap redha dariNya. Sebenarnya apa pun masalah ada jalan penyelesaian. Jugak lasti ada tolak ansur dan budi bicara. Bila pihak atas tak pernah tahu apa yang anak biah dia buat, inilah akibatnya. Diberi alasan waktu mengajar aku sikit. Memang la sikit sebab aku nak kena uruskan program PSS. Masa aku sendiei pun aku korbankan. Tapi aku tak kisah pun. Paling penting aku enjoy dengan apa yang aku buat. Dan aku masih bertatih2 buat yang terbaik untuk kerja yang diamanahkan kepada aku.
Aku takut sangat kalau tak mampu nak buat yang terbaik. Aku jadikan suamiku idola. Dialah yang terbaik di mataku. Walaupun urusan rumahtangga dia todak seberapa, tapi kalau diberikan kerja, dia akan buat sehabis baik. Itu yang aku cuba ikut.







