Minggu ni penuh dengan kerja-kerja sepatutnya aku buat masa di kursus. takkan nak buat masa berkursus pulak. nanti kata orang aku gila kerja. aduiii... sape la yang gila kerja? aku buat semua ni sebab minat. semuanya kerana minat. kalau tak ada minat, buat apa pun tak semangat. sungguh, kalau bukan kerana tugas aku ni ibadah yang akan ditanyakan pada aku suatu hari nanti tidaklah aku beria-ia seperti ini. minggu ni, akulah yang jadi j/k untuk amali haji (yang ni, kalau nama aku takde pun aku nak pegi jugak.. inysaAllah aku akan ke bumi Barakah tak lama lagi...) pastu j/k untuk APC lagi.. kalau boleh, aku nak tumpukan satu persatu... yang budaya bestari aku tak habis lagi. isshhh.. semak betul la rasanya... tak sabar nak tunggu 20 Ogos... yang PC rosak, laptop masuk virus, printer sangkut semua letak atas batu jemala patik... adakalanya rasa kudrat dah semakin kurang. seiring dengan usia. menyebabkan aku terfikir, rupanya banyak lagi benda yang aku tak habiskan. inysaAllah, aku akan cuba siapkan mana yang perlu. hari Rabu, Cg Lan panggil aku. katanya nak mintak aku tolong bangunkan laman web untuk sekolah. katanya guna mana yang ada dulu. pada pendapat aku yang jahil ni, adalah lebih baik kalau guna portal. lebih spesifik dan lebih besar. hanya RM50 sahaja setahun. tapi untuk awalnya, aku akan guna blog dulu sebagai prototype. kalau pengetua dah setuju, boleh la proceed untuk buat portal sendiri. bagi aku, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. terpulang kepada sekolah la nak macam mana. tapi yang pasti portal tu la yang lebih baik..
Kerja.. Sekolah.. Kerja,,
04:25 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment