Matahari adalah sebuah bintang yang merupakan sebuah bebola gas yang sangat besar, berpusing diatas paksinya serta bersinar-sinar mengeluarkan cahaya yang sangat terang. Matahari mengeluarkan cahaya hasil daripada proses nuklear yang berlaku akibat pembakaran atom hidrogen menjadi atom helium dipusatnya. Pembakaran ini amat habat dan dahsyat. Malah matahari telah pun bersinar selama 4.6 bilion tahun dan dijangkakan dengan jumlah tenaga yang ada sekarang, mampu terus bersinar untuk lima bilion tahun lagi.
Suhu dipermukaan matahari adalah sekitar 5600 darjah celsius. Apabila kita menuju ke lapisan bawah matahari iaitu menghampiri pusatnya, suhu akan meningkat dengan begitu tinggi iaitu mencecah 15,000,000 darjah celsius. Sesuatu yang pelik ialah, apabila kita menjauhi permukaan matahari dan memasuki kawasan atmosfera matahari yang dipanggil corona, suhu kembali meningkat sehingga jutaan darjah celsius!
Matahari turut berputar di atas paksinya selama 24jam sehari, matahari pula melengkapkan satu putaran di atas paksinya sekitar 27 hari. Namun disebabkan matahari merupakan sebuah bebola dalam bentuk gas, maka putarannya berbeza dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Sebagai contoh, sekiranya di kawasan Khatulistiwanya berputar selama 27 hari, di kawasan kutubnya pula berputar selama 31 hari.
Selain daripada putaran di atas paksinya, matahari juga turut bergerak di angkasa lepas sambil membawa kandungan sistem suria mengelilingi galaksi kita iaitu Bima Sakti (Milky Way)
Matahari
09:01 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment