Karya oleh Azizi Abdullah. Kisah tentang ‘aku’ juga seorang guru tua yang sudah pencen. Konflik bermula apabila anak perempuan beliau ingin meneruskan perjuangan ‘aku’ sebagai seorang guru. ‘aku’ sangat menghalang kamariah dari menjadi guru. Dari situ plot berkembang dan terus berkembang. ‘aku’ menceritakan kisah-kisah kebencian seorang guru iaitu ‘aku’ terhadap pelajarnya yang mempunyai masalah.
Satu persatu kisah disingkap. Diceritakan kembali dengan cara imbas kembali. Dari Mihad sehinggalah kepada sakinah. Semua diceritakan dengan teliti. Kadangkala hati meruntun, air mata mengalir… dari kebencian bertukar kasih sayang yang tak terhingga. Elemen balas budi ditunjukkan. Namun, jangan cuba dibandingkan dengan pelajar sekarang. Sudah tentu sangat berbeza. Bukan guru yang membenci. Tapi pelajar yang membenci. Menyebabkan pencarian tahap murabbi menjadi semakin sukar. Sesukar mencari seorang insan yang sufi.
Gaya penceritaan juga tersusun dan senang untuk difahami. Sesuai untuk semua guru untuk muhasabah diri sendiri. Di mana akhir cerita, ‘aku’ sebenarnya telah mencapai tahap murabbi tanpa disedarinya. Semoga guru-guru yang membaca novel ini akan berusaha mencapai tahap murabbi yang diidam-idamkan.. InsyaAllah…
Mengajar jangan berharap balasan. Anggaplah suatu ibadah yang tak terhenti hingga ke akhir usia. Semoga jalanku untuk menongkah tahap murabbi akan tercapai. InsyaAllah… Kepada Allah jua kuserahkan segala urusan…
Ulasan buku : Memoir Seorang Guru
08:12 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment