" camana ni? aku dapat posting kat sekolah pendidikan khas. habis la aku nak kena mengajar pelajar yang cacat penglihatan dengan cacat pendengaran. aku mana reti nak ajar pelajar khas ni?". Itu adalah kata-kata dari seseorang yang bakal dipostingkan untuk pertama kalinya. Dari jurusan kimia dan menyambung pelajaran untuk mendapat ikhtisas perguruan dalam major sains yang membolehkan dia mengajar di sekolah-sekolah di Malaysia.
Perlu ke kita memikir-mikirkan soalan di atas tanpa membuat sedikit pun kajian tentang apa yang disusahkan tu? pada aku, kalau nak jadi pendidik, pertama terima dengan hati terbuka. kedua, cari maklumat mengenai apa yang hendak di cari. tidaklah memalukan diri sendiri. apabila maklumat yang dicari adalah berdasarkan apa yang diketahui / difahami, susahlah untuk menghadamkan perkara-perakara baru yang bakal menyesakkan dada.
sebenarnya pendidikan khas bukan lagi seperti yang difikirkannya. secara logiknya, pelajar yang buta atau yang cacat pendengaran memerlukan kaedah yang khusus untuk mengajar mereka. namun pedagogi masih lagi dalam landasan yang sama.
hakikat sebenarnya pendidikan khas adalah untuk pelajar yang berkeperluan khas termasuk pelajar lembam (slow learner), disleksia, syndrom down, hiperaktif, yang mempunyai masalah pembelajaran dan sebagainya. kadang-kadang pelajar di kelas biasa juga ada yang sebenarnya memerlukan kelas khas ini. itu yang aku katakan, guru perlu buka mata dan buka hati.. sedari apa yang tidak kena dengan pelajar anda. berbalik kepada pelajar bermasalah tadi, mereka perlu di diagnosis apakah permasalahan mereka. pelajar khas ini adalah unik. mereka unik kerana setiap pelajarnya adalah sangat berbeza. cara pengajaran juga adalah mengikut keperluan mereka. jadi andai yang mengatakan guru pendidikan khas senang lenang kerana sekelas hanya ada 5-7 pelajar sahaja adalah tidak benar. dan saya menentang sekeras-kerasnya. mereka ini punyai keistimewaan walau di mata kasar kita lihat hanyalah kekurangan semata. mereka istimewa dalam memberi kasih dan sayang...
itulah yang aku dapat nukilkan mengenai pelajar bermasalah khas ini walau aku bukanlah guru pendidikan khas. tapi pendedahan yang terus kepada aku banyak membuka minda. itulah sebabnya aku katakan setiap guru yang juga pendidik perlu melihat pelajar mereka dengan mata hati agar luahan pengajaran kepada mereka terus ke hati...
semoga aku ditajamkan sikap 'kreatif' terhadap pelajarku yang biasa tapi kadang-kadang berperangai seperti pelajar 'khas' ini....
Ikhlaskah Kita?
19:29 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment