menjadi isu dalam kepala aku sekarang ni. kenapa? sebab aku melihat aplikasi ini telah menjadikan orang tergila-gila aka addicted dengan facebook ni. sampai satu tahap, tiap-tiap hari kena buka facebook untuk update apa yang dibuat, apa yang dimarahkan. yang menjadi lebih rempahnya, sebab apa yang dia update tu telah mendatangkan keaiban bagi pihak lain. contohnya gambar-gambar lama zaman persekolahan, zaman universiti. kemudian habis dalam list di taggednya. kadang-kadang perkara sebegini menyebabkan ramai orang menyampah. termasuklah aku. marah pun nak marah kat sapa? dah pengguna pun setia menyokong.
kata-kata berbaur kemarahan, kelucahan, menggedik2, yang menyebabkan aku kadang-kadang muak dengan manusia-manusia yang mengaku khalifah di bumi ni. tak malu ke orang dok baca apa yang awak update? tapi, sekali lagi, ini hanyalah apa yang bermain di minda ni.
isu kedua adalah membuang masa. buang masa main online game dari facebook. ini juga menyebabkan pengunjung tetap setia dengan facebook sebab ada benda yang menyebabkan dia terusss melekat tanpa berpaling tadah lagi.. ewaahh.. itu namanya membuang masa buang waktu... (btw, aku pun pernah terkena kenan game ni. pastu kene basuh ngan ma. hehe..).
isu yang ketiga sebab ada sesetengah orang tu sehingga mengabaikan tanggungjawab hakiki dalam pekerjaan masing-masing dek penangan facebook. bukan kerja tak ada. tapi sanggup melayan facebook tanpa menghiraukan tugasan yang mana duit gaji yang dibayar majikan bukan untuk berfacebook. macam mana nak dapat keberkatan dalam rezeki? aku kadang-kadang ngelat gak. tp tu sebab dah takde kerja. tapi aku berinternet baca suratkhabar ajek. tak pernah la mengadap dari pagi sampai balik benda alah tu aje. jadi insaf la..
walaupun macam tu, aku tak pernah pulak nak menafikan faedah2 dari kewujudan facebook ni. kawan-kawan aku dari sekolah rendah dulu yg dah berpuluh tahun dan berbelas tahun tak jumpa, dapat ketemu di facebook. tapi, jangan salah gunakan apa yang kita ada sekarang, kerana ia mungkin akan menjadi satu bom jangka yang ada di atas kepala sendiri.. fikirkanlah...
Isu Facebook
06:53 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment